Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kembaraku

Internet dan Hamba Abdi

Sepanjang 10 tahun aku di Thailand, aku tak pernah maki syarikat Telco tempatan. Ini kerana boleh kata tidak pernah ada masalah langsung.  Internet laju dan berbaloi dengan nilai yang dibayar. THB890 + cukai kedebuk kedebab dalam Thb1000 atau RM130/100mbps sebulan. Unlimited. Manakala Mobile internet Aku guna My Cat dengan speed 10Mbps dan limited data 30 Gb sebulan dengan harga thb150 saja. Cukup dan biasanya tak habis data.  Aku sering baca rungutan dari kawan-kawan di Malaysia kata Internet di Malaysia sangat bermasalah. Aku tak pasti. Masa aku ride 44 hari, aku guna Hotlink untuk aku, bini dan anak. Sehari kami guna RM3 jadi RM9 x 44 hari. Masalah slow speed, aku rasa ok saja. Anak aku layan Youtube sepanjang atas motor. Aku layan google maps. Bagi aku, ok saja. Lagipun aku bukan seorang yang kelam kabut atau suka terkejar - kejar. Kalau hangpa baca tulisan aku di Facebook pun hangpa boleh tau aku orang yang macam mana. Kalau Tak aku tulis Tak Bukan " X ". Kalau makan aku...

SEMBANG SANTAI KEMBARAKU

SEMBANG SANTAI KEMBARAKU BERSAMA : ZAINAL CELESTE PADA : 9hb April 2022 JAM : 2 : 00 pm Malaysia Zainal Celeste seorang pengembara yang banyak pengalaman dan sering berkongsi pengalaman yang jarang kita dengar dari pengembara lain.  Seorang pengembara hebat yang sangat merendah diri. Jom kita dengan perkongsian yang memberi ilmu untuk kita teladani sebagai panduan kehidupan. Ikuti temui bual Cikgu Joe Satun dan Shamsurrijal A Jamil bersama Abang Zainal Celeste.  FOLLOW : https://www.facebook.com/groups/kembaraku/ Tolong Sebarkan dan Share 

CARA-CARA NIKAH DI SATUN THAILAND

CARA-CARA NIKAH DI SATUN THAILAND Border dah nak buka.  1. Wang Kelian Perlis 2. Satun Provincial Islam Commission Office 3. Hotel V Vijara Songkhla 4. Malaysia General Consulate Songkhla https://maps.app.goo.gl/VFmr8FnMmAkNRb1g7 Persedian 1. Passport 2. Yuran Proses di Pejabat agama Satun ( Thb5000) 3. Gambar Ukuran Passport 2keping sepasang 4. Mas Kahwin. Takkan nak bagi RM70, dah nikah pun Ceme anak orang. Bagilah RM10,000 kan kata mampu beristeri dua. 5. Selesai Akad Nikah, dapatkan semua dokumen untuk urusan pendaftaran di Konsulat Malaysia. Lepas Akad Nikah 1. Pi ke Songkhla 2. Check in Hotel V Vijara Songkhla harga dari Thb550 hingga Thb750 3. Mertun dulu 4. Mandi Wajib 5. Pi makan di Samila Beach 6. Balik sambung projek Hari Kedua  1. Pukul 8.00 pagi siap mandi wajib, pi Konsulat Malaysia di Songkhla 2. Jumpa Pak Guard, isi nama 3. Masuk pejabat, ambil nombor 4. Dipanggil dan habaq kata nak daftar nikah 5. Isi Borang dan serahkan 6. Ambil resit 7. Balik bilik, merton l...

NIKAH GADIS PATANI DEPA KATA MURAH

Episod Akhir Tentang Nikah Di Siam. Pas ni aku nak tulis, kenapa bila accident hangpa kena pau di Siam.  Aku bersembang dengan Mark Mohd Ali  suami kepada nana supaphorn channel pasai hantaran belah Pattani atau tiga wilayah di Pantai timur selatan thai. Dia kata adik ipar dia nikah hantaran THB70,000 dan emas satu baht. Emas satu baht bersamaan dari thb29,000 - thb30,000. Total semua harga THB100,000 juga. Mau dekat RM13,000. Itu budak biasa yang tiada kelulusan universiti. Tapi kalau lulusan universiti mau lebih lagi.  Pastu aku sembang dengan Wanroslinda ( instagram )  pula, dia kata tengok keadaan keluarga dan latarbelakang gadis itu juga. Namun begitu kalau nak murah dari Thb70,000 dan emas sebaht mana nak cari dah. Kecuali persefahaman kedua ibubapa. Barang la ni pun dah mahal. Kalau Thb30,000 nak buat kenduri pun tak lepas.  Menurut Wanroslinda lagi, ada yang hantaran 1juta baht. Ini kerana kedua pasangan berkelulusan tinggi dan bekerjaya hebat. Manakala ...

BILA KEMALANGAN DI THAILAND APA TINDAKAN

Kita sering mendengar cerita, bila accident di Thailand selalu kena PAU. Namun jika anda mematuhi segala peraturan dan saranan di bawah, anda akan TERHIDAR dari kena PAU. Biasanya yang kena pau terdiri dari PALATAO.  Jika anda cedera parah, tidak apa yang anda mampu lakukan. Cuma berharap pihak hospital menghubungi pihak Kedutaan atau Konsulat Malaysia. Namun jika ada rakan anda, ikutilah saranan berkenaan. -Hubungi tourism police thailand. Tol Free 1155. Sebab itu simkad thai penting untuk kecemasan. -Hubungi Tourist Assistance Center ( TAC ). Tol Free 1672 Tujuan anda hubungi dua pihak berkenaan untuk bantuan jurubahasa dan nasihat perundangan. - Siapkan dokumen seperti :- passport mangsa ( salinan diperlukan ) Insuran Por Ror Bor. Yakni insuran wajib ( salinan diperlukan ) Insuran Voluntary ( salinan diperlukan ) Insuran ini untuk membayar ganti rugi kenderaan yang terlibat jika anda bersalah. - Mohon Tourism Police atau TAC untuk menghubungi pihat insuran anda. - Maklumkan keja...

PANDUAN BERMOTOSIKAL DI THAILAND

Border dijangka buka suku kedua tahun 2022. Jika sempat Phuket Bikeweek, maka ramailah akan berkenderaan ke sana. Oleh itu, pastikan motorsikal/kenderaan anda tidak melanggar peraturan jalanraya Thai seperti :- - ekzos bising - lengkap cermin sisi - nombor plate bukan dibawah mug guard motor. Aku rasa roadblock akan banyak, sebab lama depa tak tahan kenderaan Malaysia.  Jika hangpa bermotosikal, pastikan anda berkonvoi, satu kumpulan antara 5 - 6 buah motor sahaja. Jika group anda besar, cuba pecah group dan jarakkan perjalanan. Ini memastikan tiada sekumpulan motor yang memenuhi jalanraya dan menghindari dari sebarang bencana. Jangan berhimpun di depan lampu isyarat. Cuba jarakkan kenderaan anda. Ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian jika mengguna jalanraya di Thailand 1. Jika anda menunggang motosikal pada kelajuan melebihi 90km/j, 7 disyorkan menunggang disebelah kiri garis putih tengah jalan jika jalanraya dua lorong. Ini mungkin boleh mengelakkan kenderaan keluar...

PERSEDIAAN JIKA NAK NIKAH WARGA SATUN

Aku nak bagi sedikit tips persediaan jika nak nikahi warga Satun.  Pertama wang hantaran at least hangpa kena siap dalam thb200,000. Yang ni memang realiti anak dara Satun, adat depa hantaran tinggi. Camna hangpa nak nego, tu pandai-pandai hangpa.  Namun begitu kalau hangpa tak mampu, elok hangpa pi touch and go saja. Seropa tu aih. Rasa macam bini hangpa saja. Cuma bunyi ja lain sikit. Kedua hangpa bersedia kena makan tomyam dan kengsom selang sehari. Sehari dua sedap tapi kalau hari-hari cemoih gila. Tapi kalau nak makan tomyam sedap pi makan kat kedai janda. Kena pula janda tu punyalah manja, hari-hari sedap. Dah dapat, tak kentut pun dah berkelahi bau busuk. Ketiga, hangpa kena bersedia nak nga nga bila depa jumpa adik beradik depa. Bukan semua boleh cakap melayu. Jenuh cemoih dengaq depa sembang. Keempat dan terakhir, jika hangpa tinggal di Satun, maka bersedia beli spenda banyak banyak. Kot kena halau, balik ada juga spenda nak pakai. Kalau tidak, pakai bogel lah hangpa ...

RISIKO SEWA MOTOR DI THAILAND

RISIKO SEWA MOTOR DI THAILAND RISIKO  Sewa motor di Thailand sering diamalkan oleh budak-budak Bagpackers dan abang-abang motor besar.  - Sekiranya motorsikal yang anda sewa tidak memiliki Insuran Voluntary anda berisiko untuk membayar ganti rugi sekiranya kehilangan. Rujuk gambar dibawah. Gantirugi motorsikal thb40,000 jika kecurian. Makna kata tiada perlindungan insuran Voluntary. - Oleh itu jika ingin sewa motor pastikan anda menyewa motor yang ada perlindungan Insuran Voluntary - Jika tiada perlindungan Insuran Voluntary, sekiranya anda kemalangan, jika anda tidak bersalah, anda terpaksa membayar ganti rugi kerosakkan motor yang anda sewa. - Sekiranya anda bersalah, anda terpaksa membayar ganti rugi motor yang anda sewa dan kenderaan yang anda langgar. - Jika anda gagal untuk membayar, anda boleh dimbil tindakan mahkamah. Passport anda di tahan. Sementara menanti hari perbicaraan, anda terpaksa merengkok di dalam penjara. Jika penjara yang wilayah Islam, anda selamat denga...

HOW UGLY YOU ARE

The price is " how ugly you are " - kata seorang adik manis di Thailand Sebut saja Thailand atau Siam, dalam kepala otak semua orang adalah " adik manis ". Jangan munafik lah kalau kata tak tau pasai perkara ini.  Aku setiap kali nak pi masjid dan balik masjid mesti melintasi pusat hiburan kupu-kupu malam. Tak pernah sekali pun aku terlepas pandang, walaupun kopiah dok atas pala. Kekadang, aku di sapa mereka. Bang Yoe Pai Nai ? Aku tak jawab, aku cuma tersenyum memerhati mereka. Dalam hati berkata, segak sungguh dia ni malam ni. Hakikatnya kalau jumpa kat Talat Nat muka macam amoi teghan berak.  Sebagai lelaki yang memiliki awang yang gagah perkasa, tergoda juga dengan sapaan manja mereka. Namun aku tidak boleh singgah tanpa aku membawa " customer ". Nanti kalau orang kampung, tengok motor aku " chot " depan kedai depa, tentu orang kampung akan kata, " sakan juga cikgu ni. " Hasrat untuk singgah aku pendamkan. Aku harap border buka, nan...

RISIKO NIKAHI PEREMPUAN BUDDHA

Risiko Nikah Perempuan Buddha Thai Manakala Isteri Tinggal Di Thai Dan Suami Tinggal Dengan Bini Tua Di Malaysia. Pengalaman yang aku jumpa seorang budak muda nama Islam, namun satu badan bertatu sedang meneguk Chang. Dia boleh berbahasa melayu sikit-sikit sebab katanya bapa dia orang melayu dari Malaysia. Bila usianya 10 tahun, bapanya meninggal dunia, mak dia tiada sumber pendapatan Mak dia bawa dia balik ke kampung di Isan dan membiarnya tinggal bersama tok dan tokwan dia. Sepanjang usia dia 10 tahun, dia tahu dia Islam sebab nama depan dia Islam, dan Namskol atau nama keturunan adalah Siam sebab peraturan mendaftar kelahiran mesti ada nama keluarga.  Semasa disekolah dia bergaul dengan semua budak. Di Siam dia perbezaan bangsa atau agama. Semua dilayan sama. Oleh kerana sekolah dia 90% budak buddha, maka apa saja di kantin sekolah, dia beli dan makan. Dirumah, bersama ibunya, mereka pun makan apa saja. Bila bapanya pulang sebulan sekali atau dua kali, baru depa keluar makan dan...

KISAH ORANG BANGSAT

Kisah Orang Bangsat Bangsat dalam ertikata lain sama macam kembara juga. Tahun 70an ramai orang Setoi naik perahu pi bangsat di belah perlis dan kedah amik upah mukoi padi, kerat padi atau menanam. Abang Lid seorang pemuda dari Kampung Guar Ban Khuan, turut serta ke sana. Pada hari ke-7 dia jatuh sakit. Tokey dia orang Kedah, perasan dia sakit dan demam kian panas pada hari Ke-8. Dia kata badan panas teruk ni, nak kena bawa pi wad.  Abang dengan marah mula bersuara, takkan demam panas pun kena pi wat. Saya mati pun tak pa dari pi Wat. Tokey, kata, apasalahnya pi wat, sana ada misi dan doketor boleh periksa. Abang Lid yang salah sangka mula faham, bukan Wat Siam tapi Wad Hospital. Orang Kedah dulu panggil Hospital, wad. Cerita ke 2 Setelah 3 tahun, aku tinggal di Ban Khuan, tiba-tiba aku cirit birit teruk sampai lembik. Pak Mentua aku nak bawa aku pi Gedung. Aku dalam lembik pun boleh naik angin. Ni orang tengah sakit, nak pi Gedung pala bapak apa lagi. La pak mentua aku jawab. Pi g...

KEMBARA BASIKAL

Satu pagi jumaat, seperti biasa aku akan ke Ban Khuan untuk solat Jumaat. Pagi tu saja gatai pungkoq nak try kayuh basikal. Bukan jauh pun sekadar 46Km ja dari rumah aku. Lagi pun setiap pagi dah kayuh dah cecah melebihi 30km. Cuaca mendung. Cantik sangat untuk berbasikal, kerana tak panas dan tak penat. Lepas 10 KM aku kayuh, lepas sikit dari Sweet Garden Home Resort, tiba-tiba hujan lebat. Aku kayuh laju sikit sebab depan tu ada kedai barang. Sampai di kedai barang, dah ada awek. Badan agak gembal. Orang kedah kata tembun. Aku tuntun beskat dan cot tepi kaki lima jalan. Pastu aku keluarkan HP dan kol bini aku, nak habaq kata, aku sangkut kat tepi jalan. Pas aku letak HP, awek tu tengoq aku. Bang kun Malay ka. Aku ha la. Bini Kun thai, macap Ban Khuan. Dia kata kampung dia la tu.  Lani dia dok ngan tok dia di Klong Khut, berhampiran tempat kami berteduh. Aku kata kat dia, rajin noo kayuh beskat. Dia kata, nak exercise dan kuruskan badan. La ni badan agak besar nanti ta...

KENAPA KENA PAU BILA ACCIDENT DI SIAM

Dulu kita dimomokkan cerita yang tak betul tentang Thailand. Katanya motor tiada roadtax dan insuran. Bermacam-macam cerita yang wangi-wangi tentang negara Thailand. Bila ada kekerapan berlaku kemalangan antara kenderaan Malaysia dan Thailand maka timbul pula cerita, kena pau. Betul dan Tidak mari kita bimcangkan. Lebuhraya hubungan antara wilayah dan wilayah memang tiada tol. Namun sepanjang lebuhraya macam-macam kita boleh jumpa. Kekadang khemah kenduri kahwin, pasar malam di tepi jalan, pakcik tambat lembu dan kambing. Bila bertemu simpang, maka ada traffic light.  Beza dengan di Malaysia Lebuhraya atau expressway, ada tol. Namun sepanjang laluan tiada halangan. So hangpa suka yang mana ? Tera tiada halangan pun jem gila khinzir, kalau highway macam di Siam, alamat nak balik raya, seminggu kena bertolak dah, baru hari raya boleh sampai rumah. Kenapa Bila Accident Kena Pau ? Di Thailand diamalkan dua jenis insuran.  1. Por Ror Bor - insuran ini melindungi kos rawatan hospita...

HANGPA BOLEH SETUJU ATAU TIDAK

Hangpa boleh bersetuju dan tidak bersetuju dengan info-info yang aku tulis untuk tatapan hangpa.  Aku menulis dari kareator diri aku yang sebenar. Dengan penggunaan bahasa yang mudah dan santai. Hari ini 34 hari Facebook account baru Cikgu Joe Satun tercipta. Kawan dah capai 4052 orang. Semua kawan-kawan yang masih hidup.  Ada lebihkurang 948 kawan yang boleh aku accept.  Aku akan baca semua komen dan jarang aku reply, aku cuma bagi icon agar hangpa tau aku dah baca. Info tentang pelancongan, terutama untuk panduan backpackers yang nak jimat. Sebagai panduan awal, aku nasihatkan hangpa kalau nak jimat, jangan potong bajet keselamatan dan insuran. Sebagai contoh sewa motor. Kerana nak jimat kos, hangpa seakan-akan mengcagarkan rumah milik hangpa untuk menjimatkan kos yang begitu kecil. Jangan abaikan insuran voluntary jika bekenderaan.  Jangan sewa bot memancing tanpa bertanya peraturan dan perlindungan insuran pelancongan. Memancing dibawah akta perlancon...