Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KarlisaTravel

MANANG VIEW POINT

Manang View Point  Gambar pertama bulan Oktober 2021 Gambar kedua bulan Januari 2022 Daerah Khuan Kalong, Manang dan sebahagian Daerah Langu, berbukit bukau.  Bagi mereka yang suka suasana hijau dan berbukit, tempat mi memang best. Kalau naik motor layan corner memang terbaik. Namun jarang menjadi tumpuan kerana tiada pendedahan.  Namun bagi kawasan ini, masyarakat Islam agak kurang. Nak makan agak susah juga. Kami pun pakai terjah saja. Biasanya jumpa masjid, confirm tempat Islam.  Laluan agak sunyi dan jarang berselisih dengan kenderaan. Jika tanpa ditemani warga tempatan, memang agak cuak.  Biasanya kalau jumpa orang tempatan, lelaki tanpa baju dan golok dipinggang memang boleh kecut. Hakikatnya depa ni baik-baik belaka. Cuma cara depa ke kebun begitu. Jangan gerak solo sebab talian telefon pun agak terbatas. Kalau kenderaan rosak, jenuh nak minta bantuan. cjs:25-01-2022

KAYAK DI SATUN

Kayak di Satun Ada dua tiga lokasi di daerah Langu dan daerah  Manang iaitu daerah berjiran. Pertama sekali aku nak habaq, aktiviti kayak ini tiada perlindungan insuran. Semua adalah tanggungan sendiri jika, pelancong pergi terus ke tapak penyedia aktiviti ini. Ini pengalaman aku. Sepasang suami isteri dari Malaysia, kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Kos hospital untuk keduanya mencecah thb50,000. Depa kol aku minta bantuan. Aku ke hospital dan berbincang dengan pihak hospital dan polis. Atas ikhsan kedua pihak berkenanan, aku balik dan isi form insuran dan tarikh di kedepan atas laporan hospital.  Alhamdulillah dapat juga " claim " insuran. Jika tidak jenuh nak kutip derma pula. Atas nasihat Pihak Tourism, Hospital dan Polis, depa soh kami buat pakej termasuk insuran dan mematuhi undang-undang perlancongan Thailand untuk rakyat Malaysia. Jadi kami pun buat. Namun aku jarang promosi sebab, pakej ini cuma balik modal saja. Tak da untung dan kekadang boleh rugi kalau peser...