Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Insuran Thailand

THAILAND NEGARA KEDUA PALING BAHAYA DIJALANRAYA

 Lima tahun dulu aku pernah keluarkan info berkenaan bahaya memandu di jalanraya Thailand untuk tatapan pembaca, namun aku dibelasah luncai oleh netizen yang sangat tabsud dengan negara Thailand. Waimah aku tinggal di Thailand dan anak isteri warga Thai. Aku menulis panduan memandu di Thailand kerana aku dapati pemanduan disini sedikit berbeza dengan budaya di Malaysia. Rata-rata penunggang motorsikal tidak ada lesen memandu. Maka pengetahuan depa tentang peraturan dijalanraya amat cetek. Oleh itu kita perlu memberi lebih perhatian. Aku selalu pesan kat bini aku bila memandu, pastikan cermin sisi kiri sentiasa dipandang dan lebih cermat ketika memotong motorsikal. Kebiasaan parking dibahu jalan, adalah perkara biasa di Thailand. Sebab bahu jalan tinggi dan susah nak bawa masuk kenderaan ke kawasan rumah. Oleh itu penghuni rumah ditepi jalan akan parking kereta di bahu jalan.  Motor tiga roda, kebiasaannya memandu sekitar 40-60kmj, maka kita harus bersabar jika kita mengekoriny...

JIKA KEMALANGAN KOL TOURISM POLICE THAILAND

TOURISM POLICE THAILAND Jika hangpa kemalangan terutamanya di Thailand, Untuk Mendapat Khidmat Bantuan Secara Percuma, SILA KOL 1155 ( tol free dengan simkad thai ). Tourism Police akan membantu anda dari segi - bantuan bahasa - memudahkan kesulitan  - perantara antara anda dan Thai Royal Police - perantara antara anda dan mereka yang terlibat kemalangan bersama anda. Fungsi Tourism Police Thailand Memberi keadilan dan membantu pelancong yang berada di Thailand. SEBARKAN

JENIS-JENIS INSURAN KENDERAAN MASUK THAILAND

Jenis-jenis insuran yang disarankan untuk membawa kenderaan ke Thailand. Pertama : Compulsory atau Por Ror Bor.  Insuran yang wajib kena beli. Tapi insuran ini sekadar melindungi penunggang, pembonceng, pemandu dan penumpang kenderaan.  TIDAK MELINDUNGI KEROSAKKAN KENDERAAN. Kedua : Voluntary Insuran sukarela beli tidak paksaan TETAPI banyak membantu untuk membayar pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dengan hangpa.  Insuran ini akan membayar pampasan kepada kenderaan pihak ketiga jika hangpa didapati bersalah dalam kemalangan tersebut. Namun sangat sedikit amaun untuk pampasan kenderaan hangpa sendiri.  Ketiga : Extention 101 Insuran Insuran ini boleh dibeli di Malaysia. Rujuk insuran kenderaan hangpa dan boleh bertanya kepada agen insuran hangpa.  Pampasan tertakluk terma dan syarat. Akan tetapi amat-amat membantu untuk anda mendapat pamasan kepada kenderaan hangpa dan kenderaan pihak ketiga. Namun begit...