Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Facabook

WARONG MAKAN KAMPUNG DI PAK BARA

 Marin ( 01-09-22 )  aku cerita kat hangpa ( page Cikgu Joe Satun ) tentang makan di warong kampung. Lokasi dia di sini  วิชชุดาฟาร์ม สาขาละงู https://maps.app.goo.gl/wTHfVa8hw3yqCs6G6 Makanan juadah kampung ada kari ala siam dan sup daging yang mables. Ikut hari juga. Ada kari ayam, kari ayam kampung, kari itik, kari kambing, kari daging, kerabu tauge. Kalau hangpa pi seawal jam 7:00 pagi thai, hang boleh makan pulut ikan masin. Memang terbaik. Tapi kalau hangpa nak makan kari, mai dalam pukul 8:00 pagi thai.  Tokey dia lelaki boleh cakap melayu. Yang bini dia boleh sikit-sikit. Tapi apapun dia faham apa yang hangpa cakap apa.  Ayaq teh o dia murah dan makanan dia pun harga amat murah. Memang sedap dan sedikit pedas. Aku memang suka. Kedai ni juga aku kerap bertemu dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa melayu. Kekadang kalau kami set date and time, mai dekat 20-25 orang. So kedai tu kami konker hari tu. Aku cadangkan cuba kelainan makanan jika hangpa mai ke P...

JANGAN SALAH GUNA NAMA USTAZ

  JANGAN SALAH GUNA NAMA USTAZ Aku nak cerita kisah 11 tahun lalu, bila Pak Mentua aku Pengetua Tadika Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan, suruh aku pi mengajar. Tadika Misbahuddin adalah Kelas Al Quran dan Fardu AIn . Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pengantar kerana masyarakat dikampung guar, berhasrat untuk mendidik generasi melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand agar tidak melupai Bahasa Melayu. Hari pertama aku pi, pakai seluar jeans Wrangle dan baju T bertulis Metalica. Aku pakai songkok dan kasut sport PUMA. Bila Pak Mentua aku tanya, tak dak baju lain ka ? Aku habaq baju lain dibasuh tak kering lagi. Itulah 5 helai baju dan 2 helai seluar yang aku bawa ketika berhijjrah ke Satun. Tak sangka nak terus menetap disini sehingga sekarang. Tadika Misbahuddin adalah kelas agama hujung minggu, setiap hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa anak-anak murid akan ke sekolah kerajaan. Oleh kerana sekolah kerajaan yang negara mengamalkan agama buddha, maka pelajaran agama islam ada...