Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blog

POPULARITI PEMBUNUH KEJAM

POPULAR ADALAH PEMBUNUH Masa aku mulalah kehidupan di Satun, kehidupan aku sangat susah. Namun aku redha kerana aku faham kesusahan ini adalah ujian Allah. Hari demi hari kehidupan aku semakin selesa. Dapat beli kereta, 4 X 4 dan dua pintu rumah kedai. Aku rasakan Allah dah beri nikmat kepada aku. Allah dah bayar cash atas segala kebaikan kepada aku. Itulah perasaan aku. Tiba-tiba Allah hantar ujian Covid-19. Rumah Kedai dua buah, ditarik bank. Kereta dijual dan 4 X 4 ditarik bank. Aku rasakan Allah menguji aku lagi. Mungkin masa aku senang ada perkara yang tak baik aku lakukan. Aku mula mengcongak.  Namun setelah aku settle masalah dengan Bank hidup aku mula kembali normal. Tak kaya tapi rasa selesa. Bisnes Online Stokis Pakaian Thailand mula menampakkan hasilnya. Maka aku perasan lagi. Aku rasakan Allah telah beri nikmat senang kepada aku kerana berkat kesabaran.  HAKIKATNYA SENANG itu adalah ujian paling BESAR dari ujian kesusahan. Ini kerana senang itu adalah impian setiap...