Sedekah
Oleh kerana aku orang asing di tempat tinggal aku, setiap program sedekah aku akan maklumkan kepada Pu Choy Kamnan sesebuah kampung. Pu Choy Kamnan ini adalah orang kanan Tok Kemnan ( penghulu ). Pu Choy Kamnan ini adalah jawatan lantikkan dan diberi elaun oleh kerajaan.
Aku akan tanya dia, siapa yang layak dan berhak menerima sedekah. Jika program itu besar, aku akan ajak dia bersama. Aku menolaknya ke depan untuk menyerahkan sedekah kepada insan yang terpilih.
Aku lakukan mengikut prosedur atau ayat mudah, aku tak mau langkah kepala depa. Aku tak mau dituduh buat pala atau buat pandai-pandai ditempat orang.
Ada orang pandang remeh tentang perkara ini. Namun bagi aku, ianya adalah perkara paling penting dan perlu diberi perhatian.
Aku dah tengok banyak dah yang berlaku, bila kita buat PALA, ianya mengecilkan hati pentadbir tempatan.
Bila hati depa dah terluka, nanti ada saja kelemahan kita di korek.
Ada orang kata, nak bagi sedekah pun kena minta kebenaran ?
Ya kena, kalau kita buat program berterusan.
Kalau setakat boh kat tabung masjid, tidak perlu.
Adat anak dagang dirantau orang kena pandai membawa diri.
WHATSAPP: +66864706211
CJS :
2 Comments
Ye, betul tu. Jgn kita memandai mandai. Pala jadi Bala nanti.
ReplyDeleteHidup bak rumput di tanah
DeletePost a Comment