Ramadhan ke 9
Pakcik dan Makcik gambar pertama, bukan setakat Ramadhan aku bagi sedekah pada dia, aku rasa setiap bulan aku hantar duit belanja.
Bila aku jumpa dia, aku terbayang diri aku ketika usia begini. Adakah aku akan kesunyian menanti anak pulang. Aku tak salahkan anak-anaknya kerana aku sendiri agak jarang balik kampung. Tambahan covid menyerang dah tiga kali ramadhan aku tak balik.
Gambar Kedua, seorang kakak dari Thepha yang fasih berbahasa melayu. Suami dia tukang rumah dan dia pandai membuat lekaq dari lidi daun nipah. Disamping itu dia membuat daun rokok. Anak tunggal dia belajar di Sekolah Pondok di Pattani dan untuk menghilangkan bosan dia memelihara dua anak adiknya yang kematian suami.
Tak salah aku membantu dia, dia antara penerima sedekah bulanan.
Gambar ketiga, seorang nelayan berkahwin dengan isterinya mualaf dari Laos. Anak-anaknya seramai 6 orang. Aku tersentuh dengan mereka, ketika kayuh basikal, anak-anak dia berebut semangkuk megi. Aku segera patah balik, dan membeli sekotak besar megi dan dua papan telur untuk diserahkan kepada mereka.
Tahun lepas, sedang berbuka puasa dia datang ke rumah aku, minta pinjam thb100 untuk membeli susu anak. Aku bagi thb1000 tanpa pinjaman.
Gambar keempat, pakcik yang baru pulih dari stroke. Tak banyak cerita aku boleh berkongsi tentang dia.
Sedekah Ramadhan besar ganjaran pahalanya. Namun bagi aku yang setiap hari diluar ramadhan tidak sahaja memilih ramadhan untuk bersedekah. Tapi aku suka galakkan hangpa sedekah di bulan Ramadhan kerana bulan ini penuh berokah. Semoga ramadhan menjadi pemangkin untuk hangpa sentiasa bersedekah.
Biarlah orang nak kata kat kita, bahawa kita gila mengejar pahala. Biarlah apa saja tomahan yang kita terima. Namun ganjaran pahala yang dijanjikan Allah, telah dipesan kepada kita oleh Baginda Rasullullah saw.
Semoga sedekah kita dapat menyuci hati kita dan lama kelamaan keikhlasan akan muncul.
Semua ini kena praktik. Kalau takat sembang agama kat Facebook, bila nak melatih diri ?
FB: 11-04-2022
WhatsApp cjs : +66864706211
0 Comments
Post a Comment