Ramadhan hari ke-7
Amanah kawan-kawan aku sedang tunaikan. Alhamdulillah.
Tadi pukul 2.00 petang aku live dengan Abang Zainal Celeste dan abang Shamsurrijal A Jamil linknya :
Menurut abang Zainal yang tahun ke-4 berpuasa sambil berkelana merentasi dunia dengan 4 x 4 bersama isterinya. Menurut abang zainal, puasa di Afrika tidak sama budaya dengan berpuasa di tempat kita.
Tiada juadah berbuka di kebanyakkan masjid, kecuali di negara-negara utara Afrika yang cenderung kepada negara Arab.
Tiada moreh dan kurang aktiviti meraikan fakir miskin.
Puasa di Afrika sama seperti hari-hari biasa. Tiada bazar ramadhan. Makanan berbuka seperti hari-hari biasa. Makan apa yang ada. Mungkin juga kebanyakkan mereka taraf hidup mereka sama. Itu telahan aku.
Di tempat kita puasa sangat meriah. Umat islam meraikan dengan penuh kesyukuran. Yang berada menyalurkan sedekah kepada yang kurang berkemampuan. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan di Malaysia. Bumi bertuah dan rakyat yang perihatin.
Seperti juga ditempat aku, Pak Bara. Bukan aku nak belagak atau sombong namun aku telah diberi kesempatan oleh Allah berkhidmat mengagihkan sedekah kepada fakir miskin.
Agak jarang NGO atau pertubuhan atau orang perseorangan menjalankan aktiviti seperti aku lakukan ini.
Hangpa tau dak, umat Islam disini amat berterima kasih dan berbesar hati dengan orang Malaysia, dari aktiviti aku ini.
Hilang penat posa bila ada yang memuji kita orang Malaysia yang sangat pemurah.
Aku kembang pungkoq bila depa memuji dan menyebut nama Malaysia.
Depa pun tau, sedekah ini bukan dari aku seorang tapi dari RAKYAT MALAYSIA.
Inilah sekadar sumbangan kecil aku untuk mengharumkan nama Malaysia.
Nak main bola aku tak pandai.
Terima Kasih Malaysia. Hangpa memang terbaik.
Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berdoa dan like Facebook aku.
Kerana LIKE DAN KOMEN hangpa membuat posting aku di viral dan sampai kepada dermawan.
Jika tidak kerana LIKE dan Komen hangpa, siapa lah aku. WhatsApp +66864706211
FB : 09-04-2022
0 Comments
Post a Comment