POPULAR ADALAH PEMBUNUH
Masa aku mulalah kehidupan di Satun, kehidupan aku sangat susah. Namun aku redha kerana aku faham kesusahan ini adalah ujian Allah.

Hari demi hari kehidupan aku semakin selesa. Dapat beli kereta, 4 X 4 dan dua pintu rumah kedai. Aku rasakan Allah dah beri nikmat kepada aku. Allah dah bayar cash atas segala kebaikan kepada aku.
Itulah perasaan aku.

Tiba-tiba Allah hantar ujian Covid-19. Rumah Kedai dua buah, ditarik bank. Kereta dijual dan 4 X 4 ditarik bank. Aku rasakan Allah menguji aku lagi. Mungkin masa aku senang ada perkara yang tak baik aku lakukan. Aku mula mengcongak. 

Namun setelah aku settle masalah dengan Bank hidup aku mula kembali normal. Tak kaya tapi rasa selesa. Bisnes Online Stokis Pakaian Thailand mula menampakkan hasilnya. Maka aku perasan lagi. Aku rasakan Allah telah beri nikmat senang kepada aku kerana berkat kesabaran. 

HAKIKATNYA SENANG itu adalah ujian paling BESAR dari ujian kesusahan. Ini kerana senang itu adalah impian setiap nafsu. Manakala susah itu musuh segala nafsu. 

Bila menjadi kesukaan Nafsu maka kita mudah terjerumus kepada sombong dan riak. Penyakit hati ini amat payah kita kesan dalam diri kerana kita sering didampingi dengan sifat PERASAN. 

Perasan Baik, kerana suka bersedekah. Perasan popular kerana posting Facebook mendapat banyak Like.

Perasan Kaya, kerana kita memiliki Rumah Banglo yang dibeli hutang dan setiap bulan bayar riba dan dosa satu dirham riba bersamaan dosa 36 kali berzina.

Perasan Alim kerana pi mekah macam KL - Penang saja. Berpuluh kali pi, sedangkan adik beradik sepupu sepapat di Sungai Seluang, ramai yang berkeinginan nak ke Mekah tapi tak mampu. 

Bila buat program sedekah, ambil gambar mengalah PM merasmi Hari Kemerdekaan.

Inilah antara Ujian Senang yang kita tidak sedari. Banglo yang kita beli, bila mati bukan boleh bawa bersama. Ditinggalkan didunia untuk waris bersengketa. Namun kita menafikan perkara ini berlaku walaupun sedang dihujung nyawa. 

Populariti adalah pembunuh yang kejam jika kita perasan bahawa kita popular. Kita harus dipuji dan kita perlu diberi keistimewaan.

Senang dan Susah adalah Ujian Allah Untuk menilai keikhlasan kita kepadaNya. 
Blog: 10-04-2022