Sepanjang 10 tahun aku di Thailand, aku tak pernah maki syarikat Telco tempatan. Ini kerana boleh kata tidak pernah ada masalah langsung.
Internet laju dan berbaloi dengan nilai yang dibayar. THB890 + cukai kedebuk kedebab dalam Thb1000 atau RM130/100mbps sebulan. Unlimited.
Manakala Mobile internet Aku guna My Cat dengan speed 10Mbps dan limited data 30 Gb sebulan dengan harga thb150 saja. Cukup dan biasanya tak habis data.
Aku sering baca rungutan dari kawan-kawan di Malaysia kata Internet di Malaysia sangat bermasalah. Aku tak pasti.
Masa aku ride 44 hari, aku guna Hotlink untuk aku, bini dan anak. Sehari kami guna RM3 jadi RM9 x 44 hari. Masalah slow speed, aku rasa ok saja. Anak aku layan Youtube sepanjang atas motor. Aku layan google maps.
Bagi aku, ok saja. Lagipun aku bukan seorang yang kelam kabut atau suka terkejar - kejar.
Kalau hangpa baca tulisan aku di Facebook pun hangpa boleh tau aku orang yang macam mana.
Kalau Tak aku tulis Tak Bukan " X ".
Kalau makan aku tulis makan bukan " mkn ".
Ada juga yang bertanya aku, kenapa aku tidak guna Singkatan Perkataan, bukankah lebih cepat.
Jawapan: Aku dari golongan bangsa yang dulunya hamba abdi dan kami rajin kerja. Kalau kami buat kari pun, kalau depa makan, pinggan pun depa nak jilat.
Kami tak suka buat ringkas dan lepas tangan.
0 Comments
Post a Comment