Skip to main content

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai.
Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali. 
Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali.

BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk. 

Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat. 

Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadanya barangan dapur seperti beras, kopi 3 in 1, gula dan juga sebotol besar kopi marcona. 

Kopi marcona biasanya pakcik akan letak atas meja sebelah pondok dia membaiki jala. Bila pelanggan dia datang, mereka dapat menikmati kopi marcona dengan percuma. 

Dia habaq kat aku, dia buat macam tu untuk mempercepatkan pahala berjalan kerana sedekah atas sedekah. Hari-hari ada saja orang datang minum. 

Menurut dia lagi, disamping itu dia dapat berkongsi pahala dengan aku. Dia sediakan air panas dan cawan. 

Aku belajar banyak perkara tentang ikhlas daripadanya. That why kat kedai aku, aku sediakan minuman percuma walaupun sekadar teh o ais kepada sesapa yang singgah kat kedai aku.

Kebanyakkan yang singgah kat kedai aku adalah musafir. Depa tentunya penat dan panas diperjalanan kerana majoriti depa bermotosikal. Depa adalah tetamu aku. Setiap tetamu yang datang ke premis kita membawa rahmat. Bila depa masuk ke premis kita dengan rahmat yang ditinggalkan. Bila depa keluar depa akan membawa bala keluar dari premis kita. 
Doa depa walaupun sekadar bismillah, cukup berkat dan dimakbulkan Allah. Maklumlah doa musafir. 

Dalam penulisan, aku juga terbiasa menyelit ilmu yang dapat dimanfaat oleh kita bersama. Aku akan baca setiap komen dan icon kan tanda telah baca. 
Aku jarang reply komen tetapi jika keperluan aku akan cuba menjawab. Bagi aku semua orang ada hak memberi pendapat. 

Sokongan hangpa semua disini adalah doa untuk aku terus menulis dan memberi bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin. TERIMA KASIH.
cjs : 3-01-2022

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini