CINTA TAK MAMPU DIBELI
Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

Namanya sering kali bertukar ganti. Namun aku tahu nama sebenarnya dan aku memanggilnya Miw. Miw sentiasa tersenyum. Raut wajah ayu dan potongan badannya boleh membuat pak lebai simpan kopiah dalam paket seluar.

Miw tidak mengenal erti cinta walaupun kalimat itu sering terdendang di cuping telinganya. Miw telah kering air mata. Miw derita mencari nafkah membayar hutang suami durjana.

Pada suatu senja langit mendung guruh berdentum, tanda hujan akan turun. Miw dan rakan-rakannya bergegas masuk ke dalam kedai. Biasanya meja batu diluar kedai tempat lepak mereka kini menjadi tidak sesuai.

Datang sekumpulan lelaki, hitam legam dan perut boroi. Bertanyakan harga dan tawar menawar. Biasalah orang Malaysia, beli apa pun minta tawar walaupun harga berpatututan. Murah sekupang depa bangga bahawa depa pandai.

Miw geli geleman melihat lelaki yang ingin melanggannya. Miw letak harga Thb5000 satu malam. Namun lelaki itu setuju dan terus membayar.

Malam Jahanam itu Miw terpaksa melayani lelaki yang memuntahkan seluruh makanan dalam isi perutnya. Namun esoknya Miw cerita pada aku, nasib baik lelaki itu pemabuk, dicampurnya pil tidur dan lelaki itu terlena sehingga pagi. Sebelum pukul 8.00 Miw bergegas keluar dari bilik, kerana waktu tu tempuh perkhidmatannya tamat.

Miw terus ke ATM untuk mengirimkan wang membayar hutang yang dilakukan oleh bekas suaminya. Miw teraniaya oleh perkara yang dilakukan oleh bekas suaminya.

Bagi aku yang mengenali Miw, aku sangat simpati dengan nasibnya. Kerja menjual diri yang bergelumang dengan air danok dan lendir adalah pekerjaan terpaksa dilakukan kerana dipaksa. 

Miw bercerita padaku bahawa selepas habis tempuh, ingin pulang ke kampung dan mengusahakan Ladang Tebu peninggalan orang tuanya. Ayah dan Ibunya meninggal dunia kerana kebimbangan kepadanya. Sakit yang dihidapi tidak dapat disembuhkan kerana " bergenang air mata " mengenang nasib anak mereka. Namun apakan daya. Mereka tidak ada wang untuk menebus hutang bekas suami Miw. 

Aku menghulurkan sekampit beras dan serba sedikit barangan dapur. Aku tak tahu dapat pahala atau tidak. Tapi bini aku kata, buatlah baik jika ingin menjadi orang baik.
FB: 01-04-2022