Aku Takut Bini
Aku memang takut kat bini aku. Aku respek kat hangpa yang tak takut kat bini tapi masih setia pada bini sorang tu saja. Ibarat kata cina jual aiskrim di musim hujan. Ikan temenung lagi mau bikin apa, goreng, gulai dan asam pedas. Simpan dalam peti, makan sudah tak sedap. Tapi kena makan juga.
Aku memang takut kepada bini dan bekas bini-bini aku. Oleh kerana ketakutan aku pada bini dan bekas bini-bini aku, membuat aku banyak kali berani jumpa tok kadi.
HANGPA yang tak takut bini, sekali tu lah merasa jumpa tok kadi kan. Lagi sembang deraih noo. Ibarat pisang lasu lah, buat coq kodoq makan waktu hujan sedap gak noo.
Bini aku ini, yang paling aku takut. Oleh kerana dia, aku kenal masjid dan orang miskin. Dia banyak memperkenalkan aku perbezaan dalam bermazhab dan diserasikan dalam kehidupan harian. Hangpa faham ka ?
Bagi kami fakir miskin tiada agama. Semua manusia yang hidup melarat dan merempat perlu dibantu dan dakwah yang terhebat adalah akhlak yang baik.
Aku pinjam kata-kata berhantu dari komen pembaca, kebetulan kena dengan topik aku hari ini.
Maksudnya lebih kurang macam ni, perlakuan menurut Islam lebih baik dari mereka yang ilmu agama mengunung tinggi, tapi beli rumah, keta, motor, peti ais, tv, penapis air coway, BAYAR riba setiap bulan. Tapi bila tengok orang tak tutup aurat terus menghukum neraka pada orang tu.
Hakikatnya, Dosa yang dia buat itu, ibarat 36 kali berzina dari dosa kawan yang tak tutup aurat tu. Ya tak tutup Aurat berdosa dan Allah dah buka aibnya.
Namun Riba adalah dosa yang Allah tutup aib sehinggakan kita lupa bahawa KITA ANTARA PENDOSA BESAR.
Gambar Pertama: Adik Farhana anak yatim yang setiap bulan aku bantu kewangannya. Semalam aku bagi beras dan wang. Aku nak dia dapat pi Nat Ramadhan sama macam kanak-kanak lain. Aku tak mau dia macam aku dulu. Jumpa duit thb40 baru boleh beli kuih kegemaran bini aku. Itulah pembelian sepanjang sebulan berpuasa.
Gambaq Kedua: Makcik ini tinggal solo. Dia mencari rezeki dengan membuat daun rokok. Aku perasan sangat makcik ni sejak dulu lagi. Setiap kali aku menghulurkan sedekah, mulutnya tak putus putus membaca doa dari potongan ayat dari surah Az-Zariyat surah ke 51. Sopotong ayat tu sampai aku sendiri hafal dan aku baca sewaktu sujud dalam solat.
Jangan pandang sebelah mata.
Gambaq ketiga, pakcik sedang mandi dibilik air sebelah rumah. Dia baru balik dari laut. Dia kata ikan tak dak. Dia dapat udang sekilo setengah. Boleh jual tampung kehidupan serba sikit. Dalam celah tu, boleh nak bagi kat aku sikit. Jawapan padu aku, saya tak makan udang yang besar-besar.
Gambaq Keempat, kakak ni dan anak-anak dia selalu bagi salam ketika kami berbasikal melintas rumah dia. Aku kagum dengan akhlak dia.
Alhamdulillah kerana aku takut bini aku boleh buat kerja-kerja ni. Lagipun kerana takut bini juga aku dapat merasakan banyak bini-bini.
Hangpa yang beli beras untuk bini, dok makan ikan temenung tu lah sampai mati. HA HA HA
CJS: +66864706211
FB : 13-04-2022
Sungai Seluang Bawah Lunas Kedah
0 Comments
Post a Comment