Ada Cerita Disebalik Nat Ban Talosai
Sebuah Nat kampung yang kecil tapi aku suka pi sebab banyak ulam-ulam dijual disini. Majoriti peniaga adalah penduduk tempatan yang aku kenal mereka dan tahu taraf ekonomi mereka. Nama asal kampung ini adalah Teluk Serai. Nama melayu, cuma tok imam fasih berbahasa melayu. Ada lagi kalangan penduduk lama yang boleh berbahasa melayu tapi jenuh cari.
Ada video di Kembaraku . Dalam video tu aku terserempak dengan tukang urut yang kebetulan tinggal kira-kira 50 meter dari situ. Tempat urut beliau sangat bersih dan sesuai seisi keluarga. Hampir 10 tahun aku kenal dia dan kami sekeluarga sangat rapat dengan dia.
Walaupun berbeza fahaman agama namun hubungan kejiranan tetap utuh. Ini yang aku belajar di Thailand. Masyarakat dipisahkan oleh fahaman agama namun tidak pada bangsa. Oleh itu tiada rasis sesama kami. Kami saling bertegur sama dan menghormati antara satu sama lain.
Semasa perjalanan balik, saja aku bawa bini aku ronda ke kampung berdekatan. Ramai kanak-kanak bermain ditepi jalan kampung. Muka melayu namun bahasa mereka asing dari bahasa melayu.
Mereka pun dah tidak tahu asal usul melayu. Mereka sudah selesa dipanggil Muslim Thai. Bagi aku tidak salah kerana jika aku jadi ketua kerajaan dan pembuat dasar pun aku akan lakukan perkara sama seperti kerajaan mereka.
Aku tak suka hidup berpuak puak dalam sebuah negara. Diskriminasi bangsa dalam sektor swasta menunjukkan kita tidak bersatu.
Disini askar dan polis bukan dimonopoli oleh satu bangsa saja tapi oleh semua rakyat berbangsa Thai. Nampak kekuatan mereka disini.
Jika sesebuah negara pasukan tentera cuma diwakili oleh satu bangsa majoritinya, kebarangkalian berpaling tadah sangat tinggi. Aku kekadang risau dengan situasi ini.
Namun kekadang aku membaca komen dari mereka yang berbicara sejarah kedah, menzahirkan untuk merampas kembali hak bekas tanah Kedah, namun aku kira mereka tidak mencerminkan diri dan tidak tahu bahawa wilayah bekas jajahan kedah telah pun membina jatidiri dan tamadun sendiri bersama negara yang mereka naungan ini.
Aku hanya tersenyum dengan gelagat mereka yang beremosi kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa sekarang segala-galanya telah berubah.
Catatan Pengembara FB : 7-04-2022
0 Comments
Post a Comment