Seven Eleven Thailand

Aku masuk 7E Thailand untuk beli roti, kacang, burger dan susu segar saja. Lain-lain barang aku beli kat kedai runcit dan minimart penduduk tempatan.

Sebab utamanya kat kedai runcit masyarakat tempatan, kerana harga lebih murah dan aku dapat menjalin silaturahim dengan depa.

Aku tak nafikan bahawa kalau pelancong Malaysia lebih tumpu ke 7E Thailand. Aku tak salahkan depa.
Mungkin kerana teruja dengan harganya yang lebih murah dan ada "gaya" dalam kehidupan.

Bila masuk 7E terasa macam gaya hidup orang eropah. Macam orang kaya. Nampak macam orang "educated".

Bagi aku orang kampung, aku rela bantu masyarakat Islam tempatan berniaga. Walaupun nampak bodo piang.

7E ada 68,200 lebih cawangan diseluruh dunia. Fokus niaga depa adalah menyediakan barang keperluan utama dalam 24 jam.

Bab tu di Malaysia 7E laku barangan seperti rokok, bir, topup dan kondom saja. Ada juga barangan lain menjadi pilihan.

Di Indonesia 7E telah menghentikan operasinya pada tahun 2017. Sejarah 7E indonesia bermula tahun 2009 di Jakarta. Pada 2010 telah ada 21 cawangan dan pada tahun 2012 ada 100 cawangan. Tahun berikutnya 2014 ada 190 cawangan.

Namun pada tahun 2015, Kerajaan Indonesia melarang arak dijual di 7E, maka " sale drop to 24% ", banyak tu.
Bermula dari itu, jualan merosot sehinggalah 2017 7E Indonesia "gulong tikar ".

Sebab Utama :-
1. Arak tidak boleh dijual
2. Kos operasi 7E sangat tinggi kerana terletak di tempat strategik. 7E menyediakan Wifi percuma dan ruang lepak ( kerusi meja ). Pelanggan hanya datang untuk minum bir, guna wifi dan melepak. Amat jarang membeli barangan lain.
3. Masyarakat Indonesia amat mengutamakan perniagaan warga tempatan. 

Serba sedikit tentang 7E
Topik berikutnya Indonesia adalah negara yang memartabatkan Bahasa Melayu dan bukan Tanah Melayu.

Sila Like dan Share untuk " jek" aku terus menulis. 
Posting tanpa Like seperti syok sendiri.
Posting tanpa share seperti niaga rugi.
~ cikgu joe satun 
#cjs406
#karlisatravel
#cikgujoesatun

Gambar copy dari #tunjebat