Ustaz OH Ustaz
Kebelakangan ini kita di hidangkan pertelingkahan ustaz-ustaz di media sosial. Ustaz A memberi ceramah dan Ustaz B memberi reaksi dan ulasan. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai seorang perantau yang menumpang di negara orang, aku menerima perbezaan pendapat ulamak dengan hati yang terbuka. Aku pun tak pro kepada mana-mana ustaz.
Aku akui perbezaan pendapat ini bermula sejak wafatnya Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Imam Syafie berbeza pendapat dengan Iman Maliki. Begitu juga Hanafi dan Hambali. Namun mereka tidak berbalah.
Mungkin juga pada zaman itu belum ada Media Sosial. Ya mungkin juga TIDAK kerana insan yang berilmu akan menghormati pendapat insan lain walaupun hakikatnya mereka tak bersetuju.
MANTIN bermaksud bersopan santun dalam memberi ulasan. Aku kira ramai kalangan pengguna media sosial tidak tahu maksud MANTIN. Mereka juga tidak mantin dalam memberi komen.
Aku berfikir adalah lebih baik ustaz-ustaz yang tidak puas hati antara satu dengan lain membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri atau Berkuasa Agama Negara.
Biar ketua agama negeri dan negara memberi titah atau menasihati ustaz-ustaz yang bertelagah.
Kami orang awam keliru dan meluat kadang kala untuk mendengar atau menghadiri majlis ilmu. Bagi aku tiada siapa yang salah cuma perbezaan pendapat. Namun reaksi ketika memberi ulasan penuh dengan emosi.
Orang Islam dalam politik dah berpecah belah. Kini dalam agama pun mula meretak menanti belah.
Pihak Berkuasa Agama Tolong Beri Perhatian.
Aku takut di Masyar nanti Umat Islam yang lambat dihisap adalah PENGGUNA SOSIAL MEDIA.
cjs:14-02-2022
0 Comments
Post a Comment