Pagi hari Khamis, kena hantar Harris ke sekolah untuk menjalani ujian setelah beberapa bulan belajar online di rumah. Sekolah ditutup sebab penularan Omicron kat Kampung Ban Talosai sangat tinggi jumlahnya.
Bini aku memulakan suaranya ketika menjenguk ke luar jendela.
Awat gelap sangat hari ni bang ?
Aku jawab, awat selama ni aku cerah ka ?
Ya Allah , orang tanya cuaca , pokok hujan naik gelap gelemat, yang dia terasa , pasai pa. Dengus biniku.
Sindrom tua dah hinggap didiriku. Mudah terasa tak tentu pasai. Kata orang kalau sering , dok dengaq lagu lama, suka bercerita zaman remaja, kompom dah, penyakit sindrom tua.
Kekadang bini aku habaq dia sakit tekak tapi aku pi jawab , dok pakai headphone sangat dengar lagu, tu jadi pekak.
Ya Allah , sapa yang pekak ni ?
Ciri - ciri Sindrom Tua ni , mudah terasa , suka kenang cerita lama , telinga pekak , mata rabun , latah , cepat marah , rambut beruban dan lain lain yang aku kenal pasti kat diri aku ni.
Bagaimana Nak Mengatasinya ?
Banyak banyak bertobatlah.
Tua tak dak ubat.Yang kena solat.
Namun dalam keadaan usia aku yang tua ini, bab duit tok sah dok terbiang nak kecuh aku. Aku seorang yang detail. Seperti duit sumbangan kawan-kawan ke Program Beras untuk Ramadhan, aku ada buku kira-kira. Aku catat setiap Tarikh, Nama, No. HP dan Nilai Sumbangan.
Duit ini mati esok, Allah tanya balik.
Bukan hangpa nak tolong jawab.
Sekiranya ada yang berminat nak join
Boleh Wasap aku +66864706211
0 Comments
Post a Comment