Setiap Pagi Sabtu dan Ahad pukul 7.30 pagi, di group Kembaraku  kita akan dihidangkan cerita secara langsung bersama CJS dan bersembang santai dengan seorang pengembara yang telah menjelajah dunia.

Beliau yang dimaksudkan adalah abang Sham atau nama sebenarnya adalah Shamsurrijal A Jamil. Pada tahun 2003 ketika berusia sekitar 36-38 tahun beliau telah menyahut cabaran negara untuk mengibarkan Jalur Gemilang, bendera kemegahan Malaysia diserata pelusuk dunia.

Dari kesinambungan pelayaran Datuk Azhar Mansor yang belayar mengeliling dunia bersama Jalur Gemilang 1. Abang Sham dengan memandu kereta buatan Malaysia iaitu Proton Satria GTI 1.8 bernombor pendaftaran MAS 2001 MAS = Malaysian Achievement Spirit - Semangat Pencapaian Malaysia. 

Kembara yang dinamakan Jalur Gemilang II ini adalah untuk menjelajah 118 negara dengan jarak kira-kira 80000km. Selain membawa mesej kedamaian, ia juga merupakan cubaan untuk memecah rekod Guinness bagi kategori ‘Vehicle Entering the Most Countries’ yang dilakukan oleh Jim Rogers yang menjelajah 111 negara.

Ikutilah program Facebook Live di Group Kembaraku setiap Sabtu dan Ahad jam 7.30 pagi.
Sila sapot PAGE abg Sham 

FB:19-02-2022