Sarapan pagi aku, boleh kata setiap pagi.
- Minum Susu kambing + Oat 70gm
- Telur ½ masak 2 biji + Lada
- whole wheat bread jika ada stock
- Pisang wajib, cuma kalau musim mangga, beli mangga. Mangga sekilo baru thb20-35 saja.
Setiap Hari Sabtu selepas solat subuh, aku check tekanan darah, kolestrol dan kencing manis.
Atas nasihat sahabat aku Doktor Azmi Man Nor , jangan makan tepung, sejak 2019 aku dah tak makan roti canai, cucoq dan segala makanan yang berasaskan tepung kecuali whole wheat bread.
Disamping itu boleh kata setiap pagi aku kayuh beskat. Minima 20km hingga 30km. Semua ini untuk menjaga kesihatan.
Hangpa tau dak, pasai apa aku amat amik berat tentang kesihatan.
Sebab kos rawatan di Thailand, memandangkan aku warga asing, bayarannya sangat tinggi. Lagipun pengalaman aku dok bantu orang accident, doktor sana, pernah nasihat aku supaya bawa balik mangsa ke Malaysia dan menerima rawatan di Penang. Dia kata lagi murah dan moden. Tu doktor depa yang advise.
Kalau aku demam, aku pi klinik ambil ubat demam, aku lagi demam dengan kos serendah THB800 atau RM100++. Biasanya lebih dari itu ja. Oleh itu jika aku sakit biasa-biasa aku akan ke Farmasi milik kawan aku di pekan Langu untuk mendapatkan ubat. Kos beli ubat, aku rasa lagi murah dari di Malaysia.
Lagi satu, cermin mata. Biasanya setahun sekali aku tukar cermin mata di Malaysia sebab murah. Namun tahun 2021 aku terpaksa tukar di Thailand. Dengan frame tiada jenama, cap ayam saja, kos thb10,000.
Kalau kat Malaysia RM700 dah kira ok dah.
Di Thailand bukan semua barang murah dan bukan semua barang mahal. Oleh itu nak hidup disini kena pandai-pandai berbelanja.
Hari ini nilai pertukaran matawang 1RM - 7.95Baht.
0 Comments
Post a Comment