Skip to main content

REZEKI

Biasanya bila aku keluar kerja, aku tak cari sesuap nasi sebab, aku ada anak bini yang perlu di bagi makan. 
Sesuap nasi ini pun tak cukup bagi aku. Aku target seguni beras. Selebihnya aku boleh sedekah kepada fakir miskin. So kalau nak cari dunia dan akhirat jangan cari sesuap nasi.

Namun itu ungkapan orang melayu nak tunjuk kata depa tu tak tamak. Mereka redha bekerja kuat walaupun imbalannya sekadar sesuap nasi.

Cuba hangpa bagi jawatan politik tengok kat depa. Bukan setakat seguni beras sehari tapi 7 keturunan punya makanan depa gagau siap-siap.

Bidalan mencari rezeki sesuap nasi mungkin dah tak releven dizaman masuk tandas kena bayar 5 kupang. 

Kita kena cari rezeki lebih agar kita boleh bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
FB:27-02-2022

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini