Diberitakan bahawa PM Malaysia akan bertemu PM Thailand pada 24-26hb February menurut laporan yang dipetik dari sumber Duta Besar Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel ( gambar kanan ).

Walaupun rata-rata pelancong yang stress dengan pendamik covid-19 terasa gembira kerana kemungkinan besar Border Thai/Malay akan dibuka. 

Dengan kejatuhan nilai ringgit Malaysia RM1 ke 7.6Baht dan keadaan inflasi di Thailand, mungkin perbelanjaan melancong ke Thailand akan meningkat.

Tinjauan aku dikedai-kedai makan di pantai Pak Bara Thailand, harga makanan seperti seafood ada sedikit kenaikan. Ini kerana barangan asas seperti minyak masak naik hampir 100%. Dari harga rm3.90(thb30) ke rm8.40( 64 baht ). 

Oleh kerana bahanapi seperti petrol naik ke rm4.70 ( 36baht) per liter maka kos pengangkutan juga meningkat dan mengakibatkan kos barang-barang lain juga terkesan.

Nelayan-nelayan juga menerima kesan kenaikan harga minyak. Oleh itu hasil laut juga menerima kesan kenaikan. 

Dari tinjauan aku di tempat urut, harga masih ditakuk lama. Harga urut sejam dari Thb250 ke Thb350 bergantung kepada perkhidmatan.

Walaupun ada sedikit kenaikan harga, namun aku rasakan bahawa sambutan pelancong tidak akan berkurangan. Ini kerana Thailand adalah menawarkan apa yang tiada di negara sendiri. 

Ada yang rasakan melancong ke Thailand seperti pulang ke kampung. Lagipun berada didalam negara sendiri semak dan serabut fikiran dengan karenah ahli politik yang bertelagah. Kini ditambah pula dengan Geng Ustaz bertelagah sesama sendiri.
Fb: 21-02-2022