Pertanyaan Lazim Bagaimana Membawa kenderaan Ke Thailand.
1. Dokumen Yang di Perlukan ?
a. Passport
b. Geran Kereta
c. Surat Kebenaran pemilik ( jika kenderaan pinjam )
d. Por Ror Bor ( Insuran Wajib ) atau bahasa mudah Insuran untuk biayai perubatan saja. TIDAK membiayai kenderaan.
- Insuran lain yang disyorkan
a.Voluntary ( insuran untuk membiayai kenderaan pihak ketiga jika anda didapati bersalah.
b. Extension 101
c. Travel Insuran
2. Proses di Border sebelah Thailand ?
Anda perlu mengisi Borang Borang Berikut sebelum ke pejabat Imigresen Thailand:-
a. TM6 ( white card ) ( Penumpang dan Pemandu )
b. TM2 ( pemandu saja )
c. TM3 ( pemandu saja )
Siap sedia
Selepas urusan di Border Malaysia, bawa Passport anda ke Imigresen Thai bersama borang-borang ( a, b , c )
3. Declaration Custom Form ?
Declaration Custom Form atau Borang Pengistiharan Kenderaan kepada Kastam Thai.
Prosesnya, selepas siap urusan passport di Imigresen Thai, anda ke Pejabat Kastam Thai.
- Dokumen yang diperluakan
a. Passport pemandu
b. Geran Kereta
4. Bolehkah Geran Fotostat digunakan ?
Boleh dan Tidak Boleh.
Bergantung kepada budibicara Pegawai Kastam Thai yang bertukar.
5. Bagaimana jika TERLUPA memulangkan Declaration Custom Form atau ayat mudah Borang Kastam ?
- Denda THB10,0000
6. Bolehkah Cikgu Joe tolong kawtim ?
BOLEH
- bankin duit THB12,000 bersama Borang Kastam.
- jika ingin jimat bayar sendiri.
- faham ka ?
7. Adakah saya boleh membeli kenderaan Thailand ?
BOLEH
- Beli atas nama warga Thaiiland CASH.
8. Bagaimana prosedur membawa kenderaan Thailand ke Malaysia ?
a. Geran Ori dalam bahasa Thai
b. Salianan Geran Terjemahan dalam bahasa Inggeris besertakan resit pembayaran permohonan terjemahan. Terjemahan hanya boleh dibuat di Pejabat Pengangkutan Jalan Thailand saja.
c. Insuran minimum 3rd parti ( kereta 6 bulan dari RM250++ )
d. Surat Kebenaran pemilik jika Geran bukan nama anda
e. LESEN MEMANDU yang sah
9. JIKA berlaku kemalangan di Thailand, apa yang perlu saya lakukan ?
- Hubungi Tourism Police 1155
- agen insuran anda ( pastikan anda menyimpan nombor agen )
- jika agen tidak bertanggungjawab, viral kedainya di Facebook
10. Apakah Beza Insuran Por Ror Bor ( compulsory atau depa panggil insuran RM18/seminggu ) ?
- Insuran Por Ror Bor adalah insuran wajib bagi setiap kenderaan dijalanraya Thailand.
- Insuran ini membiayai sekadar pampasan yuran rawatan hospital dalam kadar yang sangat minimum.
- Insuran ini TIDAK membiayai pampasan kepada kenderaan anda dan kenderaan pihak ketiga.
Insuran ini WAJIB beli
SILA AMBIL PERHATIAN
11. Bolehkah saya membeli insuran yang membiayai kenderaan ?
- Insuran Voluntary
Detail lanjut anda boleh klik LINK berikut :
12. Bagaimana jika saya ingin berada dalam komuniti group yang selalu memberi info tentang Thailand ?
Join Group Facebook Kembaraku kerana ramai kalangan sahabat-sahabat kembara Thailand dan Dunia berada disini.
JIKA ANDA ADA SEBARANG PERTANYAAN Sila LIKE PAGE ; Cikgu Joe Satun
Atau Group Kembaraku
Tanya soalan diruang komen.
FB:26-02-2022
0 Comments
Post a Comment