Pagi hari ini aku sampai ke sebuah Jeti nelayan kampung di Ban Tapo Langu. Berhampiran jeti ini ada sebuah jirat orang buddha. Sebuah tanah perkuburan yang bercampur aduk masyarakat fahaman Buddha dan kepercayaan Cina. 
Aku cam perbezaan ini dari rupabentuk kubur. Walaupun masyarakat depa satu bangsa, namun perbezaan agama boleh bersatu dalam satu pusara.
Manakala masyarakat kita pun bersatu dalam agama. Tak kisahlah hang cina atau hang india atau melayu, janji hang Islam, kubur tetap sama. 
Upacara agama juga sama. Itulah bezanya islam. Bersatu padu demi agama.

Walapun Kristian, menyatukan bangsa dalam agama. Namun Jesus di Eropah berkulit putih. Manakala Jesus di Afrika berkulit gelap. 
Jelas disini bahawa mereka ada perbezaan.

Namun kebelakangan ini, Islam di negara kita telah bertelagah kerana perbezaan pendapat.
Group Syafie dan Group Wahabi.
Perbalahan ini jika tidak dikengkang ianya boleh merebak dan retak menunggu belah di satu hari nanti. 

Dari Bismillah pelahan ketika membaca Al Fatihah sehinggalah mandi safar. 

Ni nak masuk Ramadhan. Ada group nak tarawih 20+3. Ada kata 8+3. Kalau ikut pendapat aku mudah. Ikut mana yang hangpa buat Ikhlas kerana Allah. Bukan Wajib pun.

Apa yang aku faham tentang Group Syafie. Contoh jika Nabi Istighfar 3 kali sebaik saja selepas solat, kita patut buat lebih lagi. Kerana standard nabi yang kompom syurga pun buat 3 kali. Telahan kita yang belum tau masuk syurga tak kan nak buat 3 kali.

Pendapat Wahabi pula, dah nabi ajar buat 3 kenapa hangpa nak lawan nabi buat lebih ?

Bagi aku dua dua pendapat betul.

DAN aku akan buat seikhlas hati aku. Sebab perkara ini tidak menambahkan rukun dalam solat. DAN perkara ini selepas solat.
Maka ikut IKHLAS hangpa dan ini antara hangpa dengan Allah.
Kalau buat tak IKHLAS 3 Atau 7 pun tak guna. 

Bagi aku yang tinggal dinegara yang mazhab waimah syiah pun tidak menjadi kesalahan, aku dapat menyesuaikan diri dan keluarkan diri aku dari pertelingkahan ulamak.

Penyakit hati yang paling aku takut adalah " berasa " pandai dan akan berdebat jika pendapat itu lain dari pendapat kita. 

Selagi akidah aku kuat bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad persuruh Allah, perbezaan FEKAH ( FIQH ) bukan masalah besar bagi aku.
FB:28-02-2022