Episod Akhir Tentang Nikah Di Siam.
Pas ni aku nak tulis, kenapa bila accident hangpa kena pau di Siam.
Aku bersembang dengan Mark Mohd Ali suami kepada nana supaphorn channel pasai hantaran belah Pattani atau tiga wilayah di Pantai timur selatan thai.
Dia kata adik ipar dia nikah hantaran THB70,000 dan emas satu baht. Emas satu baht bersamaan dari thb29,000 - thb30,000.
Total semua harga THB100,000 juga. Mau dekat RM13,000. Itu budak biasa yang tiada kelulusan universiti. Tapi kalau lulusan universiti mau lebih lagi.
Pastu aku sembang dengan Wanroslinda ( instagram ) pula, dia kata tengok keadaan keluarga dan latarbelakang gadis itu juga. Namun begitu kalau nak murah dari Thb70,000 dan emas sebaht mana nak cari dah. Kecuali persefahaman kedua ibubapa. Barang la ni pun dah mahal. Kalau Thb30,000 nak buat kenduri pun tak lepas.
Menurut Wanroslinda lagi, ada yang hantaran 1juta baht. Ini kerana kedua pasangan berkelulusan tinggi dan bekerjaya hebat. Manakala mereka datang dari keluarga orang berada.
Aku berbual dengan sahabat kita Azmi Jusuh yang menetap di Sungai Golok Narathiwat pula berkata, hantaran standard THB70,000 dan emas sebaht dalam thb29,000 adalah perkara biasa yang diamalkan selalu.
Aku pernah terima wasap dari seorang lelaki separuh usia. Berkahwin dan mempunyai anak dara dan anak teruna. Dia melahirkan hasrat nak cari anak dara belah siam untuk dijadikan bini kedua. Menurutnya anak dara siam suka pada lelaki Malaysia dan rela menjadi isteri kedua.
Aku rasa pakcik ni dapat maklumat dari kedai kopi. Yang dok sembang tu, passport pun tak pernah pegang.
Pakcik minta aku cari Anak Yatim Piatu.
Dalam kepala aku dah pikiaq dah, pakcik ni nak nikah pree la. Anak Yatim Piatu, tak dak mak bapa, so boleh amik buta kare la.
Pastu kalau boleh mengaji sekolah pondok. Umur dalam 19 tahun, kulit putih dan hidung tinggi.
Amboi selera Bapak Kambing tua ni sakan juga noo.
Aku tanya dia, hantaran pakcik sanggup bayar berapa ?
Dia jawab, kita nak nikah kerana Allah, pastu nak bantu anak yatim piatu pula, takkan ada hantaran. Kawan saya kata di Pattani, nak nikah mudah sangat, tak perlu hantaran kalau anak yatim piatu.
Aku jawab kat pakcik, tanya kawan pakcik tu, suruh dia rekemen kat saya sama. Kalau ada saya pun nak juga sorang.
Pakcik tu jawab, kawan dia tu tak tau tempat. Dia pun tak besa masuk Siam lagi. Dia pun dengaq kawan dia cerita ja.
Kalau macam tu, pakcik bagi anak pakcik pree kat saya boleh dak. Saya pun nak nikah dua kerana Allah.
Dia senyap sampai la ni.
Aku nak bagi tau hangpa. La Ni Tahun 2022. Zaman IT dan zaman la ni cuma beruk dan monyet yang duduk dalam hutan tak dak handphone. Orang Asli pun dah handphone.
So mitos nak nikah pree di Siam, dah pupus sejak dari zaman tok nadok lagi.
Lagi satu nak nikah dua, kena mampu. Duit kena ada. Jadi perempuan simpanan pun depa bagi rumah 40juta.
Ni pula nak jadi bini kita yang sah. At Least, rumah teres kos rendah geran tukar nama bini. Kereta Myvi boh nama bini dan beli cash.
Pastu baru sembang nak nikah dua.
Ni motor ex5 tayar botak pun, tanya kat pomen tayar second ada dak ?
Pomen pun pening pala. Sudah sudah la berangan bini muda.
Kalau teringin sangat nak rasa hat muda, jual padi dengan ayaq nyiok. Dapat duit try pi lah Dannok. Pak Long pun depa panggil abang.
FB: 25-02-2022
1 Comments
Adoiii, moga moga kami tidak tergolong dalam golongan ini. Amiin ya Rabbal Alamin.
ReplyDeletePost a Comment