NIKAH DI SIAM PRO & KONTRA
Semalam aku menulis panjang kronologi Cara-Cara nikah di Siam. Telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kaum hawa. Ini kerana realiti yang aku gambarkan. Hangpa boleh baca disini jika nak ketawa. https://www.facebook.com/groups/kembaraku/permalink/5089908774372807/?sfnsn=mo&ref=share
PRO
Aku nak cerita prosedur untuk nikah di Siam. Biasanya yang datang menikah di Siam kerana untuk berpoligami.
Keperluan dan Persediaan
1. Lelaki dan Wanita
- saksi dan wali tak perlu bawa. Datang berdua saja.
- gambar ukuran gambar dalam passport. Dua keping sepasang. Bawa kerana ada Majlis Agama minta.
- surat cerai jika wanita itu janda
- Mas Kahwin. Biasanya tok kadi akan sarankan bayar RM1000 keatas. Menurut tok kadi, memberi penghargaan pada wanita. Jika boleh RM10,000 keatas. Ini kerana menurut Tok Kadi yang arif dan faham keadaan " wanita" yang dianggap kahwin lari atau diluar pengetahuan keluarga dilayan dengan selayaknya.
- Passport/ Border Pas wajib. Ini kerana requiement semasa mendaftar di Konsulat Malaysia Songkhla. Jika hangpa tangguh mendaftar di Konsulat dan Passport hilang, hangpa kena angkat sumpah di Putrajaya.
2. Tempat Nikah Yang Diiktiraf oleh kerajaan Malaysia di Thailand. Hangpa google tempat-tempat berikut seperti dibawah.
- Narathiwat Islamic Committee Office
- Majlis Agama Islam Pattani
- Yala Provincial Islam Commission Office
- Satun Provincial Islam Commission Office
- Central Mosque of Songkhla Province
3. Selain dari tempat-tempat di atas, pernikahan anda TIDAK SAH menurut undang-undang. Toksah dok buat pandai dan palatao, kata di Betong boleh atau di Padang Besar boleh.
- TIADA ada wakil atau agen yang dilantik. Bukti gambar bersama Tuan Kadi akan dikepilkan untuk pendaftaran di Konsulat Malaysia.
- Maksudnya pernikahan diluar daripada tempat yang dinyatakan adalah tidak sah dari segi undang-undang.
- Jika tertangkap, hangpa belajarlah cara-cara nak makan babi jika dipenjara.
4. Bayaran kepada Majlis Agama. Antara Thb5000 - Thb6000 ( RM650-RM780 ). So tiada hidden cost lagi.
5. Hari bekerja untuk Majlis Agama iaitu Ahad hingga Khamis. Jumaat dan Sabtu cuti.
8.00 pagi hingga 5.00 petang waktu Thailand.
6. Ke semua Majlis agama diatas boleh Berbahasa Melayu dan Akad Nikad dalam bahasa melayu.
SELAPAS AKAD NIKAH
- Hangpa kena pi daftar di Konsulat Malaysia Songkhla. Hangpa google Consulate General Of Malaysia, Songkhla, Thailand.
- Dibuka Isnin hingga Jumaat
URURAN PENDAFTARAN DI KONSULAT
- dari 8.00pagi hingga 12.00 tengahari SAHAJA.
- manakala urusan untuk mengambil dokumen yang didaftar, hari berikutnya dari jam 1.00pm hingga 5.00pm.
SILA BERI PERHATIAN JADUAL BERKENAAN.
Oleh itu hangpa check in dulu di hotel yang berhampiran konsulat.
PROSEDUR NAK BAWA KENDERAAN DI THAILAND DAN URUSAN INSURAN & DECLARATION FORM
Sila hubungi +60 19-666 4087. DIA NI BUKAN AGEN NIKAH DI SIAM. Dia wakil insuran thailand. Jangan dok buat kalut.
KONTRA
- Pengalaman aku melihat pernikahan kedua di Siam berakhir dengan peceraian selepas 3 bulan bernikah.
- Penganiayaan kepada pengantin wanita atau isteri kedua. Ini kerana perkahwinan rahsia, biasanya isteri kedua macam " pelacur " sahaja. Suami akan datang untuk pancut saja. Malam akan pulang ke rumah isteri pertama.
- Pembahagian giliran biasa tidak adil. Ini kerana perkahwinan rahsia.
- Seboleh-bolehnya selepas nikah di Siam, balik ke Malaysia cepat-cepat mendaftar.
- Bersiap denda akan dikenakan.
- Kemungkin besar Mahkamah akan memberitahu isteri pertama. Diharap bersiap sedia untuk berperang.
- Kemungkinan besar tindakan tatatertib akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan.
PENGALAMAN
Biasanya isteri kedua Naya. Pembahagian waktu tidak adil. Maki hamun dari isteri pertama perlu dihadapi.
Yang Untung adalah lelaki. Dapat layan daripada dua poen yang tua dan muda.
Kekadang pahala sunnah yang dicari dan biasanya dosa besar yang diperolehi.
Nikah dua ni, adil bukan pada nafkah batin. Bukan pada makan minum. Tapi pada masa.
Jika berada dirumah isteri tua, nak kol isteri muda, kena minta izin isteri tua dulu sebab masa tu waktu dia dan hak dia. Kalau dia tak reda, jenuh menjawab nanti dalam kubur.
Nasihat aku yang banyak pengalaman ni.
Aku tak galakkan nikah dua.
Jika anak aku atau adik perempuan aku atau kakak aku dibawa lari nikah kedua, gerenti aku akan " balun " jantan tu sampai lembik.
AKU TAK TAU LA KALAU INI TERJADI PADA KELUARGA HANGPA.
Cuba fikir perasan ibubapa bila anak perempuan yang dibela dari kecil, dibawa lari orang ?
***kalau nak guna agen boleh wasap nombor ni +60 11-3300 9259.
Jangan tanya aku. Nanti aku sekolahkan hangpa.
CJS: 22-02-2022
0 Comments
Post a Comment