Alhamdulillah lagi 10 hari kita nak sambut bulan posa, Ramadhan Al Mubarak. 

Sejujurnya bulan posa ni bulan makan. Aku menulis dalam kontek diri aku.
Aku suka bulan posa sebab boleh jumpa kuih yang jarang ditemui dibulan lain, akan muncul. Namun agak tak best di Pak Bara sebab semua makanan manis. Walaupun 60% - 70% juadah kuih melayu kedah.

Jika aku nak makan juadah citarasa melayu kedah, aku kena naik motor 40km ke Ban Khuan atau 60km ke Chebilang.

Di Ban Khuan aku akan dapat membeli juadah perbagai aneka. Kebanyakkan semua aneka makanan orang kedah lama. Kekadang kuih yang ada, dibelah kedah dah payah jumpa. Umpamanya cucoq dangai. Yang paling best cucoq jawa pun ada.

Namun jika aku nak makan juadah yang lebih pro kedah, aku pi Chebilang. Laksa kedah dan mee kuah kedah pun ada. Istimewanya Chebilang kerana kampung depa terasing dari masyarakat Siam. Oleh sebab itu, depa masih kuat mengekalkan tradisi makanan kedah lama. Lagipun Chebilang jumpa budak baru boleh bercakap, kira-kira berusia 3 tahun, bahasa utama depa adalah Melayu. Berbanding di Ban Khuan, depa dah cenderung kepada bahasa Siam. 

Bagi orang Satun yang cenderung berbahasa Melayu, perkataan melayu ni sinonim dengan Islam manakala Siam pula cenderung kepada Buddha.

Asalnya Satun atau Setoi adalah sebahagian daripada Kedah. Oleh itu dulu kala 100% adalah orang Melayu. Bukan takat Setoi saja Melayu, sampai ke Phuket noh. Patani, Menara dan Jala dulu disebut Patani atau pantai ini. Bukan Fatoni seperti yang disebut sekarang, menurut cerita Pak Cik Dali tok khatib masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan. 

Oleh itu tidak salah bagi orang islam yang cenderung kepada melayu membezakan antara melayu dan siam dari pegangan agama, iaini Islam dan Buddha. 

Bagi orang yang tak pandai berbahasa melayu, depa tak sebut SIAM. Depa sebut Sai Yam. Siam ni perkataan yang telah dimelayukan. 

Amalan bulan posa adalah rahsia kita dengan Allah. Oleh itu tak perlu munafik sangat, jika berpuasa pastu terus nak menerakakan orang lain. Istighfar banyak-banyak. Penat berpuasa bukan tiket untuk hukum orang lain. Jaga mulut dan jaga hati. Bila terasa nak marah atau komen kat FB, sabaq sat. Kata dalam hati, aku sedang berpuasa. 

Walaupun penat tapi best bulan posa. Paling best Malam Raya dan semasa solat raya. Pasaipa, dapat jumpa kawan-kawan lama. Itupun kalau balik Sungai Seluang.
FB:23-03-2022