MENTUA VS MENANTU
Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan aku mentua yang sporting. 
Hubungan aku dengan mentua aku baik hat jantan atau pompuan sangat akrab.Keluarga mentua aku semua anak perempuan dan  semua menantu mereka adalah lelaki.

Biras-biras aku semua tak tau cakap melayu. So aku sekadar bersalam dan memberi senyuman. Anak buah cuma seorang saja yang fasih berbahasa melayu. Itupun kerana dari kecil dia dipelihara oleh mentua aku.

Namun begitu, walaupun hubungan aku dengan mentuaku sangat baik, tapi aku lebih baik dan rapat dengan kak aku di Sungai Seluang. Oleh kerana kak akulah yang memelihara aku selepas kematian ibuku. Dia bagai mak aku.

Oleh kerana aku tiada ibubapa, secara tak langsung aku buat mentua aku macam ibubapa sendiri. Itulah yang disarankan oleh agama.

Bila kita letakkan mentua sebagai ibubapa sendiri maka tiada masalah dalam perhubungan kekeluargaan.

Hasilnya Pak Mentua aku selalu cerita kat orang kampung bahawa aku ni lebih rapat  dari anak dia sendiri iaitu bini aku. Semua urusan kekeluargaan dia mesti rujuk kat aku sebagai orang pertama dan minta pandangan aku.

Jujurnya aku seorang yang ringan tulang. Aku sering membantu pak mentua aku dalam apa urusan atau kerja semasa aku tinggal berhampiran rumahnya. 

Sampai satu hari dia berkata kat aku, jika aku dibenarkan memiliki tanah di Thailand, dia akan tukar kepada nama aku.
Walaupun begitu dia tetap memberi kepada aku tanah kebun getah seluas 20 relong tapi atas nama bini aku seorang warga thai.

Yang membuat dia " respect " kat aku. Aku bagi tau dia, sehingga ayah masih ada, semua hasil ayah ambil dulu. Walaupun pada awalnya dia menolak kerana dia dah bagi kat aku tapi aku kata, aku mengenang jasanya diatas kebaikkan dia  pada aku.

CJS: 18-01-2022