MENGHADAPI PERJALANAN

Marin aku terima berita sedih, suami kepada anak saudara aku dijumpai pengsan dirumah oleh isterinya ketika pulang dari kerja.

Dibawanya ke hospital oleh ambulan, masuk ke ICU dan doktor sahkan pendarahan oleh akibat serangan darah tinggi. Kemudian dia ditidurkan dan pagi ini diberitakan bahawa bantuan oksigen akan dibuka dan diberi ubat tahan sakit dan ubat tidur.

Aku merasakan bahawa perjalanannya menumui pencipta kian hampir. Namun aku tetap berdoa agar Allah swt memanjangkan usianya dan menyembuhkan kesakitannya seperti sediakala. aamiin.

Ikut hukum alam dan hukum doktor bahawa untuk menyelamatnya adalah tipis. Namun aku tetap yakin dengan Allah. Jika belum ajal maka berpantang maut.

Anak sulong mereka 9 tahun. Anak kedua 7 tahun dan anak ketiga 5 tahun. Anak sulong bercita-cita hendak belajar di Maahad Tazfiz. Namun babahnya minta tamatkan darjah 6 dan menyambung di Maahad Tahfiz ketika di Tingkatan 1. Alhamdulillah.

Babah, mama dan anak-anak sudah tahu bahawa mereka disituasi menerima kenyataan ini. Anak kedua, perempuan, bertanya kepada mama, kenapa Allah uji kakak sebegini. Apakah dosa kakak pada Babah. 

Aku yang dengar cerita ini, tidak dapat menahan airmata jantanku dari tumpah ke bumi Allah. 

Aku cuba, membayangkan nasib aku bagaimana ? Nasib anak saudara aku dia tahu bahawa masanya sudah hampir tiba setidaknya dia bersedia untuk menghadapinya.

Hujan pagi Isnin ini seperti menceritakan segalanya yang bakal aku dan seluruh kaum kerabat keluarga kami akan hadapi.

Namum usahaku dan tawakalku hanya pada Allah swt. Selamatkan nyawa anak saudaraku namun jika ajalnya telah tiba, maka Kau ambillah nyawanya dalam Husnul khatimah,  sebagai suatu kematian di mana penyudah kehidupannya itu berada dalam keadaan terbaik selain dipeluk dengan keredaan Yang Maha Mencipta.
FB : 21-03-2022