Manang View Point
Gambar pertama bulan Oktober 2021
Gambar kedua bulan Januari 2022
Daerah Khuan Kalong, Manang dan sebahagian Daerah Langu, berbukit bukau.
Bagi mereka yang suka suasana hijau dan berbukit, tempat mi memang best.
Kalau naik motor layan corner memang terbaik.
Namun jarang menjadi tumpuan kerana tiada pendedahan.
Namun bagi kawasan ini, masyarakat Islam agak kurang. Nak makan agak susah juga. Kami pun pakai terjah saja. Biasanya jumpa masjid, confirm tempat Islam.
Laluan agak sunyi dan jarang berselisih dengan kenderaan. Jika tanpa ditemani warga tempatan, memang agak cuak.
Biasanya kalau jumpa orang tempatan, lelaki tanpa baju dan golok dipinggang memang boleh kecut. Hakikatnya depa ni baik-baik belaka. Cuma cara depa ke kebun begitu.
Jangan gerak solo sebab talian telefon pun agak terbatas. Kalau kenderaan rosak, jenuh nak minta bantuan.
cjs:25-01-2022
0 Comments
Post a Comment