Macam Tak Besa Pi Masjid
Pagi tu aku gatai pungkoq pi masjid naik basikal. Sampai di Masjid aku park basikal dalam kawasan masjid. Kalau naik motor aku park tepi jalan.
Selepas solat, tok iman Istiqfar. Jemaah ikut istiqfar. Tok imam baca Lailahailallah Wahdulasarikalah....Jemaah pun ikut baca sekali.
Sampailah Tok imam baca doa. Doa yang Tok Imam baca, merangkumi banyak doa. Habis satu doa, jemaah aamiin, begitulah sehingga tok imam baca " Subhaana rabbika rabbil 'izzati 'ammaa yashifuun. Wa salaamun 'alal mursaliin. Walhamdulillaahi rabbil 'aalamiin. "
Semua jemaah turut serta membacanya dan aamiin.
Selesai kami jemaah pakat berselawat serta bersalam.
Biasalah ikut amalan masyarakat yang cenderung kepada imam syafie.
Pastu aku bergelut nak balik sebab hujan dah rintik-rintik. Tiba-tiba kain pelikat tersangkut kat rantai basikal. Nasib baik pakai boxer. Londeh kain, dan leraikan kain yang tersangkut tu. Nasib baik pakai boxer. Kalau tak, naya.
Sampai dirumah, aku buka WhatsApp, nampak mesej dari Kak aku. Dia bagi tau kawan aku juga rakan facebook, masuk wad kerana sakit jantung. Biasanya sakit jantung masuk wad memang kritikal.
Aku buat buat posting facebook bagi tau bahawa sahabat kita sedang tenat sakit di hospital.
Aku pun tulis status
" Sahabat kita yang dikasih ( tag nama fb dia ) kini telantar di hospital diserang sakit jantung.
Bismillahirohmanirohim
Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim
Sembuhkan penderitan sahabat kami dan berilah dia kekuatan melawan penyakitnya.
aamiin ya rabbal alami.
Pastu ramai yang komen. Dalam sejam beratus komen. Tapi semua menulis doa. Ada yang rumi dan ada yang jawi.
Alhamdulillah.
Yang masalahnya sapa yang nak AAMIIN KAN. Pasai semua orang dok berdoa.
Aku teringat masa kat masjid tadi, ada dak kita berlawan berdoa masa tok imam baca doa ?
Dak kan.
Macam tu juga kat Facebook.
Aku baca doa.
Hangpa cuma komen aamiin saja.
Jangan dok berlawan doa dengan aku.
Macam tak besa pi masjid lak.
Ini pendapat dari pengikut imam syafie.
Kalau ikut imam wahab, masing-masing baca sendiri, tok imam zikir sendiri makmum zikir sendiri. Tok Imam baca dok kat dia sorang dan makmun pandai - pandailah baca sendiri.
Aku ingat yang dok komen tulis doa tu mungkin kalangan pengikut iman wahab.
Namun begitu aku terpaksa berlapang dada menerima perbezaan Fekah.
Dunia ini jadi aman jika kita memahami konsep beribadat.
Ikut shafie pun betul
Ikut Pak Wahab pun betul.
FB: 06-03-2022
0 Comments
Post a Comment