Selamat Pagi. Kemarin aku tak tulis apa pun. Mood menulis kelaut.
Hari ini pun seropa macam kemarin.
Namun aku gagahi menulis juga. Kot-kot bila dah mula menulis idea mai. Sampai tang ni idea tak mai lagi.
Aku nak cerita tentang RTK . Apa tu RTK .
RTK adalah Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen). Ujian Saringan Covid-19.
Setiap hari Isnin, kanak-kanak ke sekolah di Siam diwajibkan menjalani Ujian Saringan Covid 19 atau RTK-Antigen.
Kos untuk RTK adalah THB80 dan ibubapa kena beli sendiri. Tu dia mampuih.
Bagi aku anak seorang tak lah membebankan. Namun bagi orang yang anak 3 orang dan ke atas jenuh angkut duit.
Pembantu rumah aku, anak dia 3 orang bersekolah. Makna kata seminggu THB240 dan sebulan THB960 atau dalam duit Malaysia dalam RM124.
Pembantu rumah aku kerja dengan aku seminggu dua kali saja. Sehari thb300 atau seminggu Thb600 dan sebulan dapatlah THB2400.
Aku GAGAHI ambil dia kerja di musim covid ni sebab TOK LAKI dia kurang Vitamin R.
So kehidupan depa memang susah. Walaupun kehidupan aku bukan senang sangat tapi Alhamdulillah syukur nikmat yang ada.
Bagi membantu meringgankan beban dia, setiap anak dia akan dapat thb100/minggu dari aku. Makna kata 4 anaknya 3 yang bersekolah aku sediakan seminggu Thb400.
La ni duit sekolah yang aku bagi, digunakan untuk beli RTK makna kata pi sekolah tiada duit belanja. Cuma adik hat bongsu umur 2 tahun ada duit belanja tapi belum bersekolah.
Aku tengok TV Siam, ada kalangan rakyat dah buat demo membantah RTK. Namun sehingga sekarang belum ada keputusan.
Sebenarnya ada cerita hidden atau on the other side of Satun ( Thailand ) yang aku tulis dalam bentuk berhemah. Ini kerana aku masih lagi berpegang kepada Etika Penulis. Dengan kata lain, menulis dengan berhemah.
Tapi kalau ada kawan-kawan yang PM bertanya, aku cuba bercerita juga namun dengan ayat yang amat berwasapada.
Biasanya hangpa kagum bila masuk Selatan Siam nampak banyak masjid. Namun aku jadi pening kerana nak pi solat masjid mana sebab radius 5 km dari rumah aku ada 6 masjid.
Kekadang apa yang kita lihat indah tak semesti indah pada penceritaannya.
Di mana bumi berpijak di situ langit yang dijunjung. Hangpa akan melalui kehidupan dengan tenang dan berilmu.
cjs:20-01-2022
0 Comments
Post a Comment