Kisah Orang Bangsat

Bangsat dalam ertikata lain sama macam kembara juga. Tahun 70an ramai orang Setoi naik perahu pi bangsat di belah perlis dan kedah amik upah mukoi padi, kerat padi atau menanam.
Abang Lid seorang pemuda dari Kampung Guar Ban Khuan, turut serta ke sana. Pada hari ke-7 dia jatuh sakit. Tokey dia orang Kedah, perasan dia sakit dan demam kian panas pada hari Ke-8.
Dia kata badan panas teruk ni, nak kena bawa pi wad. 
Abang dengan marah mula bersuara, takkan demam panas pun kena pi wat. Saya mati pun tak pa dari pi Wat.
Tokey, kata, apasalahnya pi wat, sana ada misi dan doketor boleh periksa.
Abang Lid yang salah sangka mula faham, bukan Wat Siam tapi Wad Hospital. Orang Kedah dulu panggil Hospital, wad.

Cerita ke 2
Setelah 3 tahun, aku tinggal di Ban Khuan, tiba-tiba aku cirit birit teruk sampai lembik. Pak Mentua aku nak bawa aku pi Gedung.
Aku dalam lembik pun boleh naik angin.
Ni orang tengah sakit, nak pi Gedung pala bapak apa lagi.
La pak mentua aku jawab. Pi gedung la. Sana Mo boleh check tengok. 
Takkan kat gedung ada Tok Mo juga.
Bini aku masuk campuq, pi hospital la, jumpa doktor.

Oh baru aku faham. Gedung adalah hospital dan Mo tu adalah doktor.

Walaupun kita bercakap dalam bahasa melayu yang sama, ada istilah mungkin kita akan keliru. 

Aku mulai faham, kenapa ustaz kata ikut ulamak. Ini kerana ulamak memudahkan kita memahami hadis/ Al Quran dalam bahasa arab.
Kita dalam bahasa melayu pun kelam kabut, telahan bahasa arab yang perbagai bunyi panjang dan pendek.

Bila kita mengembara, kita akan belajar sesuatu perkara yang mungkin sama tapi tak serupa. Namun untuk memahami ilmu, kita wajib berilmu. Oleh itu rajin-rajinlah membaca posting CJS, kerana aku menulis bukan saja-saja. Aku menegur dalam ketawa sehinggakan hangpa tak terasa, cerita seorang pelacur hangpa akan rasa  gembira dan hakikatnya penuh ilmu bermakna. 
FB : 9-03-2022
#cikgujoesatun