Dulu kita dimomokkan cerita yang tak betul tentang Thailand. Katanya motor tiada roadtax dan insuran. Bermacam-macam cerita yang wangi-wangi tentang negara Thailand.

Bila ada kekerapan berlaku kemalangan antara kenderaan Malaysia dan Thailand maka timbul pula cerita, kena pau. Betul dan Tidak mari kita bimcangkan.

Lebuhraya hubungan antara wilayah dan wilayah memang tiada tol. Namun sepanjang lebuhraya macam-macam kita boleh jumpa. Kekadang khemah kenduri kahwin, pasar malam di tepi jalan, pakcik tambat lembu dan kambing. Bila bertemu simpang, maka ada traffic light. 
Beza dengan di Malaysia Lebuhraya atau expressway, ada tol. Namun sepanjang laluan tiada halangan. So hangpa suka yang mana ? Tera tiada halangan pun jem gila khinzir, kalau highway macam di Siam, alamat nak balik raya, seminggu kena bertolak dah, baru hari raya boleh sampai rumah.

Kenapa Bila Accident Kena Pau ?
Di Thailand diamalkan dua jenis insuran. 

1. Por Ror Bor - insuran ini melindungi kos rawatan hospital dan sedikit pampasan jika cedera atau kematian. Por Ror Bor tidak melindungi kerosakan kenderaan akibat kemalangan. BACA BETUL BETUL. TIDAK MELINDUNGI KEROSAKKAN KENDERAAN. Biasanya hangpa akan beli insuran ini kerana murah. Juga agen insuran berhampiran sempadan tidak arif tentang peraturan jalanraya di Thailand. 

Bila accident dan hangpa bersalah, hangpa diminta bayaran yang tidak munasabah oleh pihak yang terlibat. Ditambah pula, ada ulat ambil kesempatan sebab hangpa SANGAT MAHIR BERBAHASA INGGERIS dan tidak pandai berbahasa siam. Manakala orang siam pula, depa tau bahasa depa saja. Masalah komunikasi membuat perkara jadi rumit dan hangpa diminta bayar dalam jumlah yang besar dan tidak munasabah.

2. Jika hangpa ambil insuran Voluntary, hangpa dan kenderaan pihak ketiga akan dilindungi. Biasanya insuran ini pun hangpa beli yang murah sekali. Murah-murah pun mau THB3500/setahun. Dalam RM mau dekat RM500. 

Insuran Voluntary yang hangpa beli tu macam insuran 3rd party di Malaysia. Kereta hangpa kena keluar duit sendiri. Namun begitu jika hangpa bersalah, insuran akan melindungi hangpa. Puak depa tak boleh nak pau hangpa. 

3. Jika kenderaan hangpa dilindungi insuran kelas pertama di Malaysia. Insuran nombot satu, jika hangpa nak masuk Siam, hangpa pi jumpa agen dan mohon Extension 101 dengan bayaran per minggu. Maka kenderaan hangpa akan dilindungi, dengan syarat pay after repair. Maksudnya hangpa repair dan claim.

4. Travel Insuran. Perkara yang hangpa selalu lupa kerana hangpa selalu pikiaq hangpa akan selamat jika berada di Siam. Namun jika kos hospital terlalu tinggi, insuran Siam tidak dapat menanggungnya, maka disinilah pentingnya Travel Insuran. 

UNTUK MENGELAK DARI HANGPA DI PAU, SILA BELI INSURAN YANG AKU SYORKAN INI.
Jika hangpa rasa mahal dan tidak berbaloi, hangpa soh cik kiah buat rombongan, hangpa masuk siam dengan dia. 

ADA MASALAH BAHASA KOL TOURIST POLICE THAILAND 
HOTLINE FREE TOL : 1155

Aku boleh dihubungi WA +66864706211 atau +66887553209 
HP aku on 24 jam 
tapi aku pukul 10 malam dah tidoq 

JANGAN LUPA CJS LIVE DI KEMBARAKU SETIAP SABTU DAN AHAD JAM 7.30 pagi 

#karlisatravel #cikgujoesatun #cjs406 #insuranthailand

FB :25-02-2022

Link : https://www.facebook.com/groups/kembaraku/permalink/5104731096223908/