Salam Isra Mikraj
Hari ini ramai yang bagi Salam Isra Mikraj. Terima kasih.
Bila sebut pasai Isra Mikraj, Solat adalah perkara paling penting dan sinonim. Sejarah dan pengkisahan adalah sampingan.
Solat ini di awarded direct dari Allah kepada Nabi Muhammad saw. Kalau fardu dan ibadat yang lain, semuanya melalui wahyu dari Jibrail.
Nampak dak betapa pentingnya solat. Ibadat Solat ini Allah kurniakan kepada Baginda Rasullullah saw, ketika baginda sedang bersedih. Makna kata solat ibadat penting, untuk kita kenal Allah, berbual direct dengan Allah, penyembuh segala kesedihan.
Itu pemahaman aku. So adakah kita perbaiki mutu solat kita seharian. Inilah persoalannya ?
Jika kita menikmati keindahan solat, maka kita dah tak macam kita la ni.
Asyik dok tengok sapa tak solat. Kita dah fokus kepada ibadat kita, yang mana kita telah tenang ketika melakukannya.
Dalam azan, ada ungkapan Jom Kita Pi Solat dalam bahasa mudahnya. Maka kita jawab Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
So kalau kita tengok kawan kita tak solat, JANGAN cepat menghukum kerana dia belum ada upaya. Ayat mudah belum terima Hidayah. Orang Kedah kata, tak dapat Seru lagi.
Persoalannya, kalau tak dapat seru, macamana dia tau ? Dia boleh sebut perkataan seru tu.
Kita yang lemah ini sekadar berdoa. Kerana solat itu sendiri adalah doa.
0 Comments
Post a Comment