Inflasi 
Sesuatu yang dijangkakan pada tahun 2022.
Semalam aku pi Nat Khamis Ban Talosai. Beli Udang sekilo, daging sekilo, ayam sekoq dan ikan plotan sekoq dah habis Thb1200. Balik ke rumah amik duit lagi untuk beli sayur dan barang keperluan dapur untuk seminggu.
Walaupun telur ada stock tapi harganya agak tinggi dari biasa.

Minyak masak thb64 atau Rm8.30/liter. Sayur-sayuran agak mahal juga. Ini kerana musim kemarau dan kekurangan pengeluaran akibat SOP Covid-19. 

Semalam dengar cerita 40 orang kampung aku di Ban Talosai dijangkiti Omicron. Namun sudah tiada sekatan seperti dulu. Urusan kehidupan macam biasa. Cuma pemakaian mask menjadi rutin penduduk setempat.

Oleh kerana aku orang asing yang menumpang dinegara orang, semua perkara aku hadam. Tak ada pula rungutan atau maki hamun kerajaan dalam media sosial. Inilah ilmu kembara yang aku belajar. 

Belajar redha dengan semua perkara. Suka atau tak suka, aku kena hadam. Ilmu redha dengan ketentuan ini aku mungkin tak dapat belajar jika aku berada dinegara sendiri. So aku tak salahlahkan kepada rakyat Malaysia, yang suka meroyan di media sosial kerana itulah budaya orang tempatan.

Beza aku dengan Bangla di Malaysia ketika aku di Thailand adalah status kerjaya. Bangla kuli batak dan aku tokey kedai. Walaupun kedai dah dua tahun tutup. Tapi bisa tokey tetap ada.

Disini pekerja asing terdiri dari orang Myanmar dan Kemboja. Depa banyak bekerja dalam bidang pembinaan. Mungkin kerana bidang pembinaan jarang orang tempatan ceburi kerana gaji tidak setimpal dengan kerja. Aku tak pasti. Yang aku tau kalau gaji THB350/hari dan RM50 atau KHR 44,210 kemboja atau Kyat MMK 19,400 Myanmar. Itu gaji kuli batak. 

Namun kuli batak ini kalau depa pi melancong ke Koh Lipe, depa akan dilayan mesra oleh orang-orang tempatan. Depa tak dipandang rendah kerana polisi perlancongan di Thailand mengutamakan pelancong asing.

Berbeza di Langkawi dan di Malaysia. Pengalaman aku bawa bini aku check Hotel 4/5 bintang, setelah depa tau bini aku orang Siam, boleh depa tanya kerja kedai tomyam dimana. 

Depa anggap semua orang Siam kuli batak kedai tomyam. Depa pandang rendah pada orang dan negara. Kalau mat saleh kerja tukang angkat najis pun depa akan layan baik sebab dari negara maju. 

Mentaliti sebegini dan tidak mesra pelancong membuat sektor pelancong Malaysia tidak maju. 

Di Siam pula, orang Malaysia selalu marah sebab peniaga Siam tak mau terima RM.
Nak terima camna ? Jika harga THB1000, depa nak bayar RM100. 

Cuba bayar RM130 atau RM150 yang setara dengan pertukaran matawang, tentulah depa mau. 

Depa ingat depa pandai dah dan orang lain bodo macam depa. 

Namun begitu, praktik menggalakkan pelancong  berbelanja dalam Baht sedang giat dijalankan.

Semasa kami di Kuala Lumpur nak check Hotel, kami kehabisan RM. Kami offer bayar dalam Baht dengan nilai 1 = 1, hotel tak mahu terima. Dia kata semua urusan dalam RM. Terpaksalah kami guna Visa Card. 

Oleh itu kalau peniaga Siam tak mau terima RM bukan sebab sombong tapi Polisi Urusniaga dalam BAHT sahaja.
FB :18-02-2022