Assalamualaikum
I' M MALAYASIAN AND PROUD OF IT.
Aku cukup bangga bila pakai baju ini dan badana jalur gemilang.
Aku cuba mengelak bila orang tanya tentang pemimpin dan politik Malaysia. Aku akan berkata baik-baik belaka. Walaupun hakikatnya aku amat kecewa dengan pemimpin negara dan agamawan negara yang asyik bergaduh dan " camdek " sesama sendiri.
Namun untuk bercerita kepada orang asing tentang keburukkan mereka tidak sama sekali. Biarlah mereka tahu dengan membaca suapan berita. Lagipun takdak sapa nak tanya aku kerana aku tak faham bahasa mereka.
Wartawan Malaysia hari ini bukan mewakili hati nurani rakyat seperti wartawan dulu kala. Hakikatnya wartawan adalah lidah rakyat. Mereka menyelak segala kemungkaran kepimpinan dengan jujur dan ikhlas, dan bersuara mewakili hati dan perasaan rakyat.
Wartawan kini, sekadar " copy & paste " cakap pemimpin dan menyampaikan kepada rakyat. Bila pemimpin kata bantuan bantuan banjir akan segera disalurkan, mereka sekadar tulis tanpa menyiasat samada rakyat dapat atau tidak.
Bila rakyat bersuara di media sosial, mereka sekadar menceduk maklumat tanpa turun padang menyiasat atau mewawancara.
Kemudian ditulis dipetik dari laman sosial si polan dan si polan bahawa beritanya sebegini dan sebegitu. Akibatnya rakyat dah menyampah membaca berita siaran mereka. Sebaliknya menjadi gurau senda rakyat diruang komen media sosial.
Dengan menulis tajuk yang mengundang sensasi, rakyat malaysia yang dikatakan sekadar membaca buku 1.9 mukasurat setahun, bertelagah sesama sendiri. Mereka mezahirkan komen dimana " kasut yang mereka pakai " .
Kalau kasut cap kati, akan berkata begini. Kasut cap roket atau bulan kata begini. Ruang komen dibarisi oleh pengkomen yang tidak beretika akan menjadi medan "palatao" menunjuk terer.
Aku memilih tinggal dinegara asing dan bahasa jiran aku terlalu asing kepada halwa telinga. Aku cuba mengelak dari belajar bahasa mereka, kerana aku tidak mahu bergosip dengan jiran-jiranku. Aku tidak pernah bertekak bertegang urat leher dengan mereka. Bahasa aku sekadar Assalamualaikum dan Alhamdulillah. Namun terasa dihormati ketika aku di Masjid untuk bersolat jemaah. Setiap kali berselisih aku didoakan kesejahteraan dari salam yang mereka hulur, kerana bahasa itulah aku dan mereka faham. Di Majlis kenduri aku diberi keutamaan kerana aku orang asing yang tak pandai berbahasa mereka.
Kelebihan aku adalah aku tak ada dosa bersengketa atau mengumpat mereka.
Kekurangan aku, aku sekadar nga nga bila mereka bercerita dan ketawa.
Namun aku amat bahagia. Bahagia itulah yang dicari oleh setiap manusia.
0 Comments
Post a Comment