Hari ini 14hb, sekolah anak aku akan mengadakan sambutan Hari Guru Thailand. Biasanya hari guru disambut setiap 16hb Januari setiap tahun. Kali ini disambut awal sebab 16hb jatuh pada hari Ahad.
Terima Kasih Cikgu kerana mendidik anak aku dan anak anak jiran kami dengan kasih sayang. Sekolah Ob Om adalah sekolah agama yang agak sistematik. Bukan macam sekolah pondok.
Sebagai rakyat Malaysia aku dapat melihat perbezaan antara sekolah Thailand. Disini macam zaman aku sekolah rendah dulu tahun 1975. Mak bapa tak kalut nak hantaq anak pi tuisyen. Yang kami kalut Mahgrib anak anak kena pi mengaji quran walaupun sekolah anak aku dah ajaq Al Quran setiap hari pada murid.
Zaman aku sekolah, pak kerja motong estate Sungai Seluang, mana nak ada duit hantaq anak pi Tuisyen. Bila naik sekolah menengah ada juga ramai kawan-kawan aku pi Tuisyen, namun aku dok pulun bersukan. Tahun 1983 aku dok kalut main sepak takraw.
Bila depa tanya awat tak pi tuisyen. Aku nanti jawab, orang cerdik pandai tak payah pi tuisten dan hat bodo ja pi tuisyen. Sebenarnya pak aku tak mampu.
Namun begitu keputusan SRP lebih baik daripada puak hat pi tuisyen. Bacaan Al Quran aku lancar. Ustaz selalu suruh aku baca Al Quran dan Hadis, setiap kali bila subjek pengetahuan agama. Ini kerana aku darjah 6 dah khatam quran. Sampai tingkatan 3 dok pi mengaji lagi walaupun dah khatam quran beberapa kali. Disamping itu dapat bantu Tok Ndak Minah ajaq, budak-budak yang lain.
Macam tu juga aku train anak aku di Thailand. Oleh kerana tempat aku tak dak pusat tuisyen sama, so aku paksa anak aku pi mengaji quran.
Tapi yang bestnya disini, mak pak tak bergelut nak anak depa dapat 19 A atau bergelut naik pentas untuk bergambaq sebab anak dapat 19 A.
Sistem pelajaran di Siam totally tak sama dengan di Malaysia. Aku akui taraf pelajaran di Malaysia lebih tinggi berbanding di Thailand.
Waktu persekolahan pun agak panjang. Mula pukul 8.00 pagi atau 9.00 pagi Malaysia dan tamat pukul 4.00 petang atau 5.00 petang waktu Malaysia. Pas hantaq anak ke sekolah dan la nak buat kerja lain.
Anak aku kini Darjah 2 walaupun usianya muda setahun dari rakan-rakan sekelasnya. Dia tidak fasih berbahasa Siam. Oleh kerana dia paling muda dan paling kecik dalam kelas, maka kawan-kawan banyak bantu dia. Balik sekolah ada saja kawan tolong angkat beg sekolah dia. Ini semua atas didikkan guru dan sistem sekolah bagi mengelakkan buli. Aku tengok depa hidup dan belajar dengan kasih sayang.
TERIMA KASIH CIKGU.
cjs:14-01-2022
0 Comments
Post a Comment