Kemarin aku berkesempatan bersama orang-orang kampung Talosai atau nama melayu, Teluk Serai membersih pantai sekitar Aow Noon atau Teluk Nun.
Rutin biasa setiap bulan Januari setiap tahun. Biasanya kami orang kampung, amat jarang bawa anak anak mandi disini. Ini disebabkan kami hari-hari lalu kot tu dan cemoih tengok pantai tu.
Biasalah, pantai belakang rumah.
Yang dok kerap dok buang sampah adalah orang luar kampung dan budak budak muda datang mabuk ditepi pantai.
Biasanya budak mabuk tiada sapa pun berani nak tegur. Remaja Thai agak garang. Kalau di Malaysia setakat Long Tiger gertak aku, sumpah 5 det pun aku tak takut.
Tapi kalau remaja Thai umur 15 tahun gertak aku. Tobat aku pi report polis dan cabut balik Malaysia. Mengkalu tunggu, pakai arwah.
Budaya samseng kat tempat kita tak sama macam budaya samseng di Thai. Disini tiada salam calit atau salam cekak. Tak ada berunding dengan abang kawasan.
Aku nak habaq dengan jiran pun jangan dok cari pasai, mau kalau dia dah taghram hangpa, tunggu hari nak bungkuih.
Kepada pelancong, aku nak pesan satu, jaga pertuturan. Jangan dok buat "cenge" sangat. Ni bukan kampung hangpa.
Lebih 10 tahun aku disini, aku dah masak dan tengok macam-macam kejadian diluar fikiran berlaku disini. Oleh itu jika berhajat nak tinggal disini, mulut macam pelaq, harap berubah jadi manis.
Bak kata pepatah Tok Wan aku, " orang sungai seluang kalau ilmu tak penuh didada, tak merantau di negara orang ".
Ilmu sangat penting. Memilih menjadi guru sukarela tanpa gaji adalah pilihan yang tepat, sebab gengster yang baru nak naik kebanyakkan adalah murid aku.
Gambar Hiasan : Koh Bulone Don dan Koh Bulone lay.
cjs: 13-01-2022
0 Comments
Post a Comment