Semalam salah seorang dari enam anak yatim yang menerima bantuan dari aku setiap bulan, mesej bini aku bertanya.
" Makcik makan apa malam ni ? "
Bini aku jawab, " Kami makan nasi goreng mamak, yang bapa Harris masak."
Dia ceritakan dulu depa pun ada tukang masak lelaki. Tapi kini telah berada di syurga.
Ayat yang simple namun ungkapan perkataan mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya.
Aku terkesima mendengar mesej yang dibaca oleh bini aku.
Aku teringat kat arwah mak dan ayah aku. Walaupun setiap hari berpuluh kali aku mendoakan mereka diampuni dosa, namun tak terlintas fikiran aku seperti mana anak yatim itu yakin bapanya kini berada di syurga.
Selagi ada hayat dikandung badan, peluang untuk menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa, masih terbuka. Kenangilah mereka dalam titip doamu sentiasa.
Aku bayangkan kalau aku mati, followers facebook aku, selepas menulis komen doa di ruang komen facebook aku, esoknya mereka akan hilang. Aku telah mereka lupakan.
Harapan aku cuma pada anak-anak. Bini aku kalau di masih solo, mungkin dia ingat kat selama 4 bulan 10 hari. Pastu bila dia ada penganti, maka ketaatan dia akan beralih kepada suami barunya.
La ni jika berpeluang solat berjemaah dengan anak-anak, aku tak pernah lupa, cerita pasai arwah mak dan ayah aku kat depa. Wirid apa yang tokwan hangpa suka baca. Doa apa yang tokwan hangpa suka baca berulang ulang.
Robbana Hablana Minassolihin.
Aku bercerita kebaikan kedua orang tua aku kat anak-anak. Makanan apa yang depa suka makan. Aku bercerita arwah tok hangpa suka tolong orang. Ayah nak jadi macam tok hangpa. Ayah harap hangpa pun jadi macam dia. Tok hangpa mati tak tinggalkan harta, namun bagi ayah dia tinggalkan ilmu yang ayah guna sampai hari ini.
Hangpa tengok mak uda hangpa, ( kakak aku ) dia sebijik mewarisi kelaku tok hangpa. Hangpa mintalah tolong dia, bila-bila masa, dia tak pernah menghampakan hangpa.
Farhana anak Yatim seusia anak aku, Harris Mikael berbeza ketara dengan anak aku.
Mungkin anak lebih berdikari bila ayah telah tiada ?
7hb Mac ulangtahun kelahirannya. Aku tak pernah lupa tarikh itu sejak aku mengenalinya.
Cikgu Joe Satun +66864706211
0 Comments
Post a Comment