Dunia dan seisinya.
Amalan sebelum subuh yang bisa membersihkan hati.
Nak berdiri setanding dengan Bill Gate dan Mark Zuckerberg adalah amalan sebelum subuh dan meringankan tangan menghulurkan sedekah.
Jangan sembanglah, bukan senang nak bersihkan hati. Lidah tak bertulang mudah nak belit kata-kata.
Tiga emapt hari lalu, aku ke 7 Eleven. Sedang aku mencari roti whole wheat bread aku terperasan bila aku memandang ke bawah mencari Pringle Potato chip untuk anak aku.
Ada 3 orang budak sedang pegang lepas dan pegang lepas. Kemudian mengira duit. Aku habaq kat bini aku, ambil 3 bekas tu bagi kat depa tolong pi bayaq sat.
Petang kemarin aku kayuh beskat area Ban Langa. Nama asalnya Belanga. Mitos cerita lama mengatakan nama asalnya diambil semperna Belanga pecah semasa memasak di satu kenduri kahwin. Macam mitos Kuah di Langkawi pulak. Kebetulan atau ada persamaan dari latar sejarah bangsa.
Budak-budak 3 orang yang bini aku belanja Pringle Potato Chip nampak aku semasa depa dok main guli. Guli adalah permainan aku waktu kecil tahun 70-an. Budak la ni dah tak main kot.
Depa ambik beskat dan kejar aku dari belakang. Kemudian depa bersaing beskat dengan aku. Sambil berbual sesama depa dan ketawa. Lebih kurang 5 km rujuk kepada App Beskat kat handen beskat aku, kami menempuh simpang tiga. Aku belok kiri dan depa belok kanan sambil melambaikan tangan.
Dalam 2km berkayuh ke rumah aku, aku terfikir. Yang belanja depa bini aku, kenapa aku yang diraikan. Mungkin juga aku orang pelik. Orang yang tak tau cakap siam dalam istilah depa Khun Malay.
Apakah ini kaitan dengan Dunia dan Seisinya ?
CJS:17-01-2022
0 Comments
Post a Comment