DUIT KWSP UNTUK PROGRAM BERAS RAMADHAN
Kemarin aku pi makan nasi di Pak Bara Beach. Tempat makan dengan rumah kau sekadar 3km dekat saja. Belakang rumah aku pun laut, ada tempat makan juga tapi nak masuk kena bayar Cukai Taman Negara untuk orang tempatan thb20. Sapa nak pi makan. Akhirnya kedai tu pun bungkuih.
Musim covid melanda dengan pelancong amat berkurangan depa pentadbir disini tak tau nak pikiaq guna hati perut dengan keadaan peniaga.
Di depan Pak Bara View Point sudah tidak dibenarkan berniaga. Yang ni aku sokong, sebab tempat tumpuan pelancong. Kekadang kenderaan pelancong tak ruang nak parking.
Namun depa buat tempat niaga didepan view point seberang jalan. Aku pun sokong. Depa buat ala Walking Street untuk niaga pakaian. Aku sokong.
Yang aku tak sokong, gerai makanan depa serah tapak dan biarkan peniaga buat sendiri. Bila peniaga buat sendiri, keadaan amat menjelekkan mata memandang. Hattu nak habaq. Namun apa kan daya aku orang luar dapat tengok tanpa boleh memberi cadangan. Itu adalah budaya depa.
Yang uniknya di Thailand peniaga terdiri dari kaum wanita. Babtu lah aku bila netizen soh ikut Thailand menghalalkan ayaq ganja dan ketum aku tak setuju. Kalau menatang tu bebas diminum, akibatnya ramai lelaki yang tak mampu buka mata, untuk melihat diri sendiri. Apatah lagi, melihat keluarga.
Depa kata, minum ketum untuk perubatan. Betul tu ketum ada nilai perubatan. Aku setuju. Tapi kalau tak sakit pala pun dok makan panadol maknanya itu bukan nak berubat.
Lagi 18hari ramadhan. InsyaAllah jika KWSP tidak meminta syarat umpama minta surat beranak tokwan aku, aku akan agihkan sebahagian dari RM10,000 untuk Tabung Beras Untuk Ramadhan
Program Beras untuk Ramadhan adalah aktiviti utama aku dalam semua aktiviti bulanan. Setiap petang dibulan Ramadhan aku akan mencari fakir miskin untuk disedekahkan beras bersama gula, kopi, megi segera dan telur.
Sesapa nak join boleh WHATSAPP AKU DI
+66864706211
FB : 16-03-2022
0 Comments
Post a Comment