Alhamdulillah pagi hari ini selsema dah sembuh. Terima Kasih diatas doa iringan kawan-kawan pada posting semalam.

Doa paling mudah memberi dan menjawab salam. Aku yakin hangpa dah seawal pagi telah menjawab salam di group WhatsApp.
Kalau hangpa peratikan, kelaku orang orang yang konsisten memberi salam dalam group WhatsApp. Aku rasa dia seorang yang murah rezeki. 

Namun ada juga yang celam celup. Ada hari dia bagi dan ada hari dia sepi. Kekadang dia mangkit kencing kul 3.00 pagi, dia bagi Salam Tahajjud. 

Tahajjud ni solat antara kita dengan Allah. Tak payah dok riuh sangat. Bagi ustaz saja yang bagi peringatan. Kalau kita dok bagi, takut kita perasan kata kita ni baik. Letih mangkit saja. 

Lagipun Tahajjud ni bukan payah sangat pun. Pas Isyak kita balun witir siap-siap. Pastu waktu Subuh kita mangkit sejam awal. Dan aih nak buat 2 rakaat. 

Salam Jumaat ni, aku dengar bila zaman ada wasap ja. Masa aku budak-budak dan masa guna HP 3310 belum ada lagi. 
Aku pun kekadang konpius nak jawab apa.
Sebab depa bagi Salam kat Jumaat. Sedangkan nama aku CJS. Kalau depa bagi Salam CJS tentu aku jawab waalaikumsalam.

Namun salam yang aku kerap terima adalah salam subuh. Salam Zohor dan Salam Asar jarang atau tak pernah terima. 

Sejujurnya aku akan reply semua salam. Sebab aku yakin dengan memberi dan menjawab salam, rezeki akan bertambah. Aku tak tau hangpa pikiaq camna. Tapi amalan aku menjawab dan memberi salam di awal pagi sebab pembuka hari yang baru. 

Yang Paling Best, Salam Malam Jumaat. Aku gelak keraih perut sebab aku rasakan orang hat bagi salam tu BOLEH pada malam jumaat saja. Tak macam kita BOLEH setiap malam. 😝😝😝
FB:17-02-2022