Cerita Bertemu " kupu-kupu " Di Kedai Pakaian
Semalam aku teman bini aku ke sebuah kedai pakaian dipekan Langu. Saja layan biniku kerana dia berpuasa. Dok rumah mungkin terasa bosan dan lapar.
Orang perempuan terutama bini aku, membeli belah boleh menghilangkan rasa lapar. Aku pula adalah satu pekerjaan yang paling bosan. Namun sejak kahwin sampai la ni, aku menjadi peneman dia yang setia.
Sedang menanti bini aku memilih pakaian, aku disapa oleh tiga orang kupu-kupu malam. Nak heran apa, depa adalah jiran kami. Perkara yang menarik bagi aku di Thailand ni, yang mahir dan fasih berbahasa Inggeris oleh golongan pekerja malam. Sekolah mana depa belajaq aku pun tak tau. Kalau sekolah anak aku, menurut cikgu, anak aku seorang saja yang fasih berbahasa Inggeris.
Anak aku fasih bukan aku ajaq. Tapi Mr Roblox yang ajaq dia. Caranya aku bagi dia main game guna laptop. Sambil main dia chating dengan kawan-kawan dia serata dunia. Alhamdulillah sampai hari ini, banyak perkataan Inggeris yang dia boleh eja dan baca.
Aku menjawap sapaan kupu-kupu malam. Dia bertanyakan khabar dan mana bini aku ? Aku habaq sedang memilih baju.
Aku tanya depa, hangpa pun mai beli baju ka. Depa jawab, Ya . Aku buat-buat tereranjat. Aku bertanya takkan hangpa mai beli baju ?
Depa jawap, awat tak boleh ka ?
Aku bertanya lagi, bukankah lelaki suka wanita bogel dari berbaju.
Depa ketawa sambil menepuk belakang aku.
Ada yang terkam, marah marah manja sambil memeluk belakang aku.
Aku hanya tersenyum, inilah rezeki namanya.
Namun dalam perjalanan balik di atas motor, aku memikirkan tentang lelaki. Bagi aku lelaki ini insan yang aneh yang Allah cipta.
Diberinya 9 akal dan 1 nafsu berbanding wanita sebaliknya.
Namun 1 nafsu bukan bermaksud dia tidak bernafsu dan pandai mengawal nafsu.
Tapi dia guna 9 akal untuk mencipta nafsu.
Lelaki tengok seorang wanita nampak sampai ke dalam baju. Maksudnya dia membayangkan sesuatu yang belum pasti untuk bernafsu.
Lelaki tengok wanita berbikini dia rasa sexy.
Manakala wanita tengok lelaki berbikini dia rasa geli, nak muntah pun ada.
Aku heran bila dengaq cerita ada lelaki yang hantaq gambaq lucah dirinya sendiri untuk wanita. Dia ingat wanita itu suka. Mungkin wanita itu meloya 3 hari 3 malam.
Cerita ini tamat disini untuk memberi hangpa berfikir tentang diri sendiri.
FB: 24-03-2022
1 Comments
Kat mna ni cikgu?
ReplyDeletePost a Comment