Kalau budak sungai seluang jumpa pokok dalam gambaq ni,depa akan tebang dahan buat gasing. Gasing budak sungai seluang ikat tali di kepala. Gasing yang berjambul besar. Soh depa main gasing ikat tali kot paku, tobat tak musing.
Zaman la ni nak soh budak main gasing bukan dia dah. Bukan zaman depa. Zaman depa zaman IT.
Masa zaman Nabi Allah Daud, umat ketika itu pandai buat baju besi. Masa zaman Nabi Allah Musa, depa pandai sihir. Kita umat akhir zaman umah Nabi Muhammad SAW umat zaman teknologi IT.
Zaman kita mengaji dulu, pak kita ajar agar kita hormati guru. Guru is the boss dan guru always right. If guru salah, kita tanya who is the boss. Jawapannya guru. So bila guru balun kita, jika pak kita tau, pak kita nanti akan balun kita balik.
Anak Cikgu Joe, kalau dia balik habaq kena balun dengan cikgu, Cikgu Joe nanti start motor pi tanya cikgu.
Cikgu awat yang tibai anak saya ?
Itulah kita. Mungkin itulah aku. Sebab hangpa tak macam aku kot. Hangpa semua mak bapa zaman dulu. Aku sorang ja mak bapa zaman IT.
Yang dok ajaq anak belagak. Tu aku la. Bukan salah pada cikgu pun sebenarnya. TAPI oleh kerana la ni aku dah senang sikit, aku jadi lupa diri, bahawa dulu aku dok kena balun ngan Mr. Malakar, cikgu benggali yang suka main bola.
Mr. Malakar ni, rumah dia depan masjid Kulim. Rumah kayu lama. La ni aku rasa tak dak dah. Lepas sekolah bila aku jumpa dia, dia bukan saja tegur aku, dia peluk aku lagi. Ya Allah mulianya hati dia.
Mr. Malakar, boleh azan. Dia hafal Al Fatihah sebab rumah dia depan Masjid. Namun toleransi dia pada umat Islam sangat tinggi. Tak macam Ramasamy. Ala Ramasamy tu, tak kan tak kenal. Kerja dia nak balun, Islam saja.
Tapi aku heran masih ada lagi umat Islam sokong parti Ramasamy. Mungkin itulah perbezaan budak zaman dulu dan sekarang.
Kalau di Sungai Seluang zaman aku, Abu hindu naik nyiok yang suka mabuk, amat dikenali oleh 100% penduduk Sungai Seluang. Satu hari Abu naik pokok nyiok, tiba-tiba tah macamana dia tak boleh turun. Gayat katanya.
Ya Allah sekerat kampung orang Melayu mai tolong.
Zaman aku budak dulu, team bola Sungai Seluang ada Melayu dan India ( kami panggil hindu ). Kekadang selit sorang Cina. Di Sungai Seluang Cina tak ramai. Namun Ah Soon antara Cina paling popular. Sapa tak kenai dia.
Bila kita dah maju, kita sudah tinggalkan muhibah antara kaum. Orang Melayu rasa tertindas di sektor swasta. Manakala orang Cina menolak menjadi askar dan polis.
Jika mereka sedar bahawa, kerana askar dan polis yang menjaga keamanan negara depa boleh berniaga. Sebaliknya angota keselamatan ini seolah-olah mereka anti.
Aku bukan nak mengapikan perkauman. Tapi inilah realiti. Bila aku tengok di Siam, tiada ada pengasingan bangsa dan mereka hidup dalam harmoni.
Jika kita nak hapuskan sekolah SJK, mahukah kita kongsi hak istimewa orang melayu bersama depa ?
Selepas 64 tahun merdeka, orang melayu masih menganggap depa pendatang, hakikatnya depa dah dok ngan kita dah berkurun lamanya.
Untuk menyatu padukan kaum di Malaysia, I.S.A perlu dihidupkan semula. Masalahnya Mahadet guna ISA untuk kepentingan politiknya sebab itu ianya didesak dihapuskan.
Aku rasa Old and Dangerous dalam kepimpinan parti politik negara mesti mati segera. Jika tidak, negara ini menuju kepada negara politik 24/7.
0 Comments
Post a Comment