Hari ini 16hb Feb, pada 25hb Jan, aku ambil booster yakni vaksin ketiga. Vaksin pertama dan kedua dari Sinopham. Vaksin ketiga dari Astrazeneca ( AZ ). 
Hari sebelum booster tekanan darah aku normal, 120/70. Tatsat aku check lagi 142/80. Aku deman dari 26hb Jan sampai hari ini. Semalam aku ke klinik lagi untuk ambil ubat lagi sebab demam, selsema dan batuk tak sembuh lagi. 
Doktor kata aku tidoq tak cukup. Aku tidoq dalam kul 10.00 - 11.00 setiap malam. Aku bangun pukul 4.30 pagi sebab sebab subuh pukul 5.28 pagi dalam waktu thailand.

Jiran aku kata minum ayaq nyiok bagi hilang panas. Aku pun minum 3 hari berturut, tapi cirit birit pulak. Dah seminggu aku tak kayuh basikal.

Doktor kata umur cam aku kena tidur sekurang-kurangnya 8 jam. Kalau aku ikut nasihat doktor, di Masyar nanti dia nak tolong jawab kat aku ka ? Tak masuk akal kalau aku nak tidoq pukul 8.30. Waktu perdana tu. Mata dok cerah lagi.

Aku ingat nasihat Yahudi tidoq 8 jam agar umat Islam tak mangkit solat subuh. Kalau ikut Rasullullah, baginda tidoq berapa jam saja setiap malam. Tu tara nabi yang dijanji syurga. Siapalah kita.

Ada perkara kita kena ikut doktor atau ulamak perubatan dan adakala kita ikut Nabi. Sebagai contoh untuk memahami ayat suci Al Quran, kita kena ikut penjelasan ulamak agama yang arif bahasa Arab. Kalau kita ikut direct dari Nabi, pakai faham kot lain la. Sebab kita bahasa melayu pun kekadang ke laut. Kat highway speed limit 110kmj pun kekadang kita langgar. Tu dalam faham. 

Oleh sebab itu nak jadi umat Islam kita kena bijak menggunakan akal. Bukan ikut emosi atau taksud kepada seseorang ustaz saja. Ustaz tu orang awam macam kita saja. Cuma ada kelebihan sesetengah ilmu dari kita. Ustaz pun kalau kereta rosak dia pun kena hantaq kat ulamak kereta. 

Berlapang dada menerima ilmu. Berlapang dada menerima kekilafan fekah dalam agama.
Wahai ustaz ustaz berhentilah menghentam sesama sendiri. Kami dah pening tengok kelaku hangpa.  

Kesimpulannya : sepatutnya kerajaan kena memastikan status kesihatan rakyat sebelum mengarahkan mereka mengambil vaksin. Oleh kerana kita tak buat kajian, kita dengar cakap Ulamak Vaksin, kita pun soh rakyat cucuk. Tapi ada sesetengah  vaksin, badan tak dapat terima. Rakyat dah jadi macam tikus makmal. 

Apapun aku antara rakyat yang menuruti perintah. Pandai atau Bodoh ?
FB:16-02-2022