Bila Hangpa Rasa Dewasa ?
Sejujurnya aku rasa dewasa atau tua bila aku menjadi pak imam semasa solat jemaah bersama anak dan bini. Sebab waktu tu aku cakap apa depa semua ikut. Waktu lain akan ada perbahasan dan saling tolak ansur.
Biasanya anak-anak aku akan ikut cakap mama depa lebih dari cakap aku. Walaupun mama kepada 2 anak aku adalah ibu tiri dari 3 beradik, namun hubungan dengan mama depa lebih akrab dari aku.
Aku banyak solo. Aku kayuh basikal solo. Depa kayuh basikal bersama mama depa 3 beranak. Jika ada pesta di Pak Bara View Point, depa tak mau pi dengan aku, sebab aku, lepas 10 minit, aku akan ajak balik.
Namun bila aku jumpa kawan-kawan aku especially dari Malaysia, dewasa aku akan hilang. Bersembang dan bergurau mengalah anak-anak remaja. Itulah aku, hangpa aku tak tau.
Hakikatnya kita akan rasa dewasa dan tua bila bersama anak-anak. Oleh sebab itu, kita kena sentiasa bersama mereka agar kita sentiasa menjadi baik dan akan melakukan perkara yang baik-baik.
Sekarang aku lebih banyak masa, menghabisi usia tua dengan anak-anak. Sampai satu masa, aku akan akan kehilangan mereka kerana mereka akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Waktu itu aku akan selalu rindu pada mereka.
Macam mak bapa kita dikampung. Tentu sekarang mereka akan merindui kita semua. Membelek HP kot-kot ada mesej dari kita.
Bila mak ayah aku telah tiada, waktu ini baru aku menyesal. Aku rindu nak kol dan bersembang dengan mereka.
Nasib baik aku ada bapa dan mak mentua yang sporting. Aku boleh bergurau dan berbual dengan depa macam kawan-kawan.
Sehinggakan Pak Mentua pernah berkata, aku macam anak dia dan bini aku macam menantu dia.
Selepas membaca cerita ini, jangan lupa kol mak dan kol ayah untuk bertanyakan khabar. Hari pertama ramadhan bersahur dan berbuka bersama depa, Ya Allah gembiranya hati mereka.
Fb :26-03-2022
0 Comments
Post a Comment