Skip to main content

ANAK TAHFIZ

Marin Sabtu, aku bawa bini aku ride ke Wang Saithong Waterfall, bertemu kawan yang bekerja sebagai renjer National Park. Oleh kerana aku ingin mengambil gambaq, aku mohon masuk ke dalam dan ingin membayar cukai national park. 
Dia jawab, tak perlu bayar. Dia nak belanja aku hari ini sebab hampir dua tahun tak jumpa. Beliau seorang buddha dari Patani. Biasanya orang dari Patani boleh berbahasa melayu.

Setelah selesai bergambar aku ke pondok pengawal untuk minta diri nak balik. Aku terlihat ada tabung. Aku tanya tabung apa tu ? 
Dia jawab tabung untuk beli Ambulan kegunaan NGO di Manang. Aku buka dompet, dan memasukkan duit. Dia ucap terima kasih, dia kata aku orang pertama yang menderma. Sebenar duit dalam tabung tu, duit dia sendiri. Sengaja nak tunjuk sebagai iklan. Aku tersenyum.

Dari situ aku ke Chet Code Cave untuk melawat Abang Kayak atau Abang Longkeng dalam bahasa thai. Dua tahun tak jumpa, panjang cerita dia kat aku. Walaupun ada dua bas pelancong dari Patani, tapi dia cuba luangkan masa untuk aku. 
Dia teruja nak habaq bahawa anaknya esok akan berlepas ke Indonesia sambung belajar agama. Alhamdulillah. 
Pastu dia minta diri nak uruskan pelancong.

Aku ke mini mart untuk membeli ais krim. Aku perhatikan ramai anak-anak yang berkopiah dan nampak sopan sekitar 30 orang 2 pasang ustaz yang dipanggil baba bersama 4 budak kecil, mungkin anak-anak ustaz.

Aku tanya pembantu mini mart, sapa depa ni. Dia habaq anak-anak pondok Tahfiz di Rathapun. Rathapun dalam wilayah Songkhla. Ala tempat Myvi langgar mati 5 pemotong rumput tu. ( kes dah settle hattu aku boleh habaq ).

Aku pun menegur ustaz. Ustaz menjawab salam dan bertanya orang malay ka ? Camna tau saya orang Malay ?
Cara pakai tak sama macam orang siam. Kemas dan nampak berdisplin. 

Sembang pi sembang mai, aku buka dompet dan bersalam dengan ustaz. 
Ustaz buka tangan sambil ucapan Jazakallah Khairan Kathira. Syukur Alhamdulillah. Banyak ni, Cikgu. 

Terima sajalah ustaz. Duit ni pun saya simpan sedekah dari kawan-kawan di Malaysia. Ustaz ajak anak-anak tahfiz berdoa agar semua sahabat Cikgu Joe dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki.

Ustaz panggil anak-anak berkumpul di hadapan mini mart dan memulakan doa.
Selepas doa, saya dan isteri belanja depa ais krim conetto sorang satu. 

Pembaca Budiman, aku sekadar dapat menitip doa untuk hangpa semua. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Cikgu Joe. 
cjs:23-01-2022
#anaktahfiz 
#wangsaithong

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini