Skip to main content

ANAK KERAK

Dua tiga hari aku tak menulis waktu pagi. Petang ni aku terbaca suapan berita di Google News tentang anak kerak.

Anak kerak sejenis jin terdiri dari budak lelaki dalam usia 6-8 tahun. Kareatornya berbogel dan suka dibela oleh manusia, katanya. Aku tak pasti. Yang aku tau, aku ada pengalaman tengok dengan mata kepala aku.Bukan Toyol.

Kejadian berlaku sekitar tahun 2011, masa tu aku baru pindah ke Ban Khuan Satun. Pada satu malam dalam pukul 11.00 malam waktu Thailand, sedang aku minum teh ditepi tingkap rumah aku. Tingkap rumah aku ni, jenis tingkap tahun 60-an. Buka daun tingkap, terpelehong 2kaki x 3kaki punya lubang.

Aku letak cawan teh, atau bendul tingkap atau frame tingkap dan merhati ke luar. Pandangan luar rumah aku adalah sebatang sungai. Tiba-tiba seorang budak lelaki bogel terjun. Satu demi satu terjun dalam 12 hingga 15 orang. 

Kebetulan seberang sungai adalah pondok TAHFIZ BABA POZI. Aku sangkakan budak-budak tahfiz. Aku panggil bini aku, pastu aku nak keluar melarang budak-budak kerana mandi sungai tengah malam bahaya.

Bini aku menghalang. Dia kata kita perhati kot jauh saja. Kami memerhati sehinggalah kelibat budak-budak hilang. 

Esok pagi, lepas subuh aku ke pondok tahfiz berjumpa Baba Pozi. Aku ceritakan bahawa budak-budak tahfiz mandi sungai kot leghah pukul 11.00 malam. Baba jawab, waktu tu budak-budak dah dipaksa tidur sebab depa akan bangun awal solat tahajud. 

Aku balik dengan seribu kemuskilan. Minggu depannya tukang rumah datang. Aku bercerita dengan tukang rumah nama A Bao, seorang anak muda usia 23tahun tapi ada 3 bini. 

Dia kata perkara biasa. Memang banyak anak kerak dikawasan sungai ni. Tapi depa sebut 
" anak keghak " dalam pelat kedah. 
Menurut dia lagi, ada juga orang dari Malaysia datang untuk membeli anak kerak ini. Tapi sepanjang aku duduk sini tak pernah jumpa lagi dan tau anak kerak boleh dijual beli. 

TAPI kan kehilangan atau kecurian di Ban Khuan, anak kerak tak  disalahkan walaupun banyak. 
Mungkin juga anak kerak di Ban Khuan buta IT dan buta huruf.
Aku kembali berfikir. 
Hakikatnya satu jin bersamaan satu per sembilan manusia. ( 1 = ⅑ ). Memang Jin lebih ramai kat dunia ini, dan dicampur dengan manusia serupa Jin maka lagilah ramai. 
( kena baca surah An Nas )
FB:20-02-2022

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini