Aku Penulis Cerita
Aku tak tau apa fungsi Facebook.
Adakah FB ini sebuah medium untuk memaparkan kehidupan peribadi. Umpamanya makan dimana atau check in di hotel mana ?
Namun amat mudah bagi aku, FB adalah medium untuk aku bercerita tentang kehidupan.
Mac 2022 tidak seperti Mac yang lalu. Mac 2022 hujan sepanjang hari. Aku redha saja. Biasanya Mac yang lalu, aku mengutip hasil yang agak lumayan. Aktiviti Island hopping di sekitar Pak Bara mendapat sambutan. Mahu tidaknya Cuti Sekolah Malaysia.
Namun Mac 2022 hujan sepanjang bulan. Ia tidak memberi kesan kepada aku kerana Covid-19, perniagaan aku tiada pelanggan. Tapi aku bersyukur kerana pada awal January tidak seperti tahun yang lalu, air perigi di Koh Bulone Don kering. Aku berjanji untuk membina telaga tiup untuk mereka. Apakan daya, alatan yang terpaksa dibeli di Malaysia, niat itu ditangguh sehingga aku pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah, sekadar niat yang baik, Allah dah gantikan dengan hujan sepanjang Mac. Jika tidak sehingga lepas April baru cuaca mulai hujan. Tapi 2022 hujan awal. Maka penduduk kampung TIDAK mengalami keputusan air.
Hidup sebagai pengembara, anak rantau atau orang bangsat dinegara orang, cuma ada dua tangan bagi menadah ke langit memohon doa. Ya, Doa itu senjata mukmin.
Bak kata abang Shamsurrijal A Jamil pengembara JALUR GEMILANG II yang telah berkereta Proton Satria GTI yang merentasi 118 negara. Katanya
" minat aku sejak kecil mengembara. aku tidak punyai wang yang banyak namun aku yakin aku ada Allah. "
Dalam perjalanannya, dia tidak berbelanja untuk tidur di hotel. Jika tiada sesiapa yang undangnya bermalam dirumah mereka, dia tidur didalam keretanya.
Bagi pengembara, perjalanan ini adalah kemiskinan. Namun setiap langkah kita, sentiasa diiringi doa. Itulah kekayaan kita.
Aku berseloroh dengannya, dalam bait pantun Damak dalam Seri Mersing.
"Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Mengkuang Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Muka Tak Malu "
Abang Sham sentiasa menanti peluang ketika bertemu penduduk tempatan, menanti mereka menawarkan tempat tinggal atau dia akan meminta untuk menumpang tidur.
Ikuti bual bicara kami di Sembang Santai Kembaraku setiap pagi Sabtu dan Ahad jam 7.30 pagi waktu Malaysia.
Kami banyak menyentuh erti kehidupan sebenar didunia ini.
0 Comments
Post a Comment