Pagi ni aku gosok gigi sambil tengok cermin, baru aku perasan bahawa rambut aku dah putih banyak. Patutlah sejak berumurnya aku kerap pakai topi atau kopiah. Bukan stail, tapi nak tutup uban.

Munafik ni tak boleh lari dalam kehidupan aku. Nak tunjuk baik ni, memang dasar sebagai manusia. Kira nak bagi orang kata kita baik saja.

Bini aku adalah insan yang banyak tau tentang rahsia diri aku. Kalau bini aku update status cerita tentang diri aku, pakai aku tutup facebook aku.

Itu belum kira Allah nak buka aib kita. Kalau sekali buat dosa, contohlah tertinggal solat, mangkit tidoq kepala kita tukar jadi kepala babi, pakai tak keluar rumah la. Nak sembang apa.

Dosa kita ni, kalau Allah tak ampun, akan meliputi dan menutupi keseluruhan tubuh kita. Pakai tak nampak diri aih. 

Namun Allah Maha Pengampun. 

Lazimnya kita, akan nampak dosa orang dan dosa sendiri kita tak sedaq. Contohnya bulan Ramadhan, baru posa sekerat hari, ada kawan tak posa, mulut kita terus nak menghukum, hang ni nak jadi apa. Nak jadi kapiaq ka.
Tu baru posa sekerat hari. Kalau posa setahun, mungkin kawan kita tu kena bunuh.

Kita ni suka jadi penghukum. Aku tak nafikan, cegah kemungkaran adalah wajib. Tegur dan nasihat adalah wajib.
Tapi sebelum kita tegur orang lain dah ka, kita perhatikan diri kita. Sempurnakah. 

Ada motor ex5, nak upgrade Ysuku. Tambah hutang. Bulan-bulan bayar riba. Betul ulamak kata " harus " jika berhutang dan bayar bulan-bulan jika ingin memiliki keperluan hidup.
EX5 adalah keperluan untuk pi kerja. Ysuku adalah gaya mutu keunggulan.

Maka kita akan terus menerus, membayar RIBA dan dosa riba tu lebih besar dari dosa Janna Nick yang sering dibelasah oleh netizen kerana tak memakai tudung. 

Dengaq ustaz kata, dosa riba tu, seperti 36 kali dosa berzina. 
Sapa kalangan kita tak terlibat ?

Kalau tanya aku, memang ada lah.

Oleh itu mulai hari ini, sebelum kita update status cari dosa kawan, cuba check dosa kita dulu. 
Jangan kita dok kalut dengan dosa Rosmah dan Najib, sampai dosa kita yang banyak ni kita perasan kata kita ini WAJIB dah ke syurga kerana subuh tadi dah solat dua rakaat.

 Sedangkan lepas solat pun kita dianjurkan oleh Rasullullah untuk beristifar, paling sikit 3 kali.
Tu pas solat kena minta ampun.
Solat buat baik pun kena minta ampun, inikan pula, baru update status facebook. Maka beribu kalilah kena minta ampun. 

AKU BANYAK DOSA.
Ya Allah ampuni dosa-dosa kami. aamiin. 
Berbaik sangka pada Allah dan Allah akan berbaik kepada kita.
FB : 25-02-2022